• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas FoundPac Group Berhad (FPGROUP)

in Fundamental Analisis
A A
Kajian CANSLIM Ke Atas FoundPac Group Berhad (FPGROUP)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Foundpac Group Berhad (FPGROUP) yang berpusat di Bayan Lepas, Pulang Pinang, telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada 29 Disember 2016. Perniagaan utama FPGROUP adalah di dalam reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pemasaran dan penjualan bahagian-bahagian kejuruteraan (precision engineering) untuk pengeluar semikonduktor.

This image has an empty alt attribute; its file name is CANSLIM-FPGROUP-Pic-1.png

FPGROUP ditubuhkan sebagai syarikat import-eksport yang memberi impak besar dalam industri pembuatan dan kejuruteraan. Pada tahun 2004, FPGROUP telah mengembangkan perniagaannya ke sektor semikonduktor di peringkat antarabangsa dengan menawarkan bahagian ketepatan pemasangan modul dan projek giliran.

Perkhidmatan yang teliti oleh FPGROUP terhadap perincian ini membezakannya daripada pesaingnya yang lain. Semua produk daripada FPGROUP dibuat dengan kualiti terbaik daripada reka bentuk sehinggalah ke peringkat pembuatan.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

FPGROUP mendapat pengiktirafan ISO 9001 sebagai bukti kualiti dan komitmen syarikat yang cemerlang. Misi FPGROUP adalah untuk menyampaikan produk dengan cara yang jimat dan tepat pada masanya. FPGROUP menjalinkan perniagaan dengan rangkaian vendor dan kontraktor yang mempunyai reputasi yang baik untuk memberikan standard kecemerlangan yang tiada tolok bandingnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is CANSLIM-FPGROUP-Pic-2.png.jpg

Daripada segi geografi pendapatan syarikat, 72% daripada perolehan syarikat datangnya daripada pelanggan yang ada di  Amerika Syarikat, dan pelanggan utamanya adalah Broadcom. 16% pula datang dari Eropah, selebihnya 11% adalah daripada Malaysia dan Singapura serta beberapa negara Asia yang lain.

Jom kita sama-sama membuat kajian CANSLIM ke atas FPGROUP ini.

C: Current Quarterly Earnings

Sumber: Malaysiastock.biz

Berdasarkan gambar di atas, QoQ adalah merujuk kepada kenaikan atau penurunan keuntungan bersih syarikat secara suku tahunan terkini berbanding suku tahunan sebelumnya. YoY pula bermaksud prestasi keuntungan syarikat untuk tahun terkini berbanding tahun sebelumnya.

Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahunan terkini.

Hasil Kajian Pendapatan Suku Tahunan Terkini untuk FPGROUP:

1. Syarikat mencatatkan keuntungan tertinggi pada suku tahunan kedua (Disember  2019) iaitu sebanyak RM4.64 juta.

2. Pada suku tahunan keempat tahun 2020 pula, FPGROUP berjaya mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 35% berbanding suku tahunan keempat tahun sebelumya.

3. Untuk pendapatan tahun  2018 sehingga 2019, tiada pelanggan tunggal yang menyumbang lebih daripada 10.0% daripada jumlah perolehan.

4. Pada September 2017, FPGROUP memperolehi 75.0% kepentingan dalam pembuatan stensil laser daripada pemilikan Dynamic Stencil Sdn Bhd yang berjumlah RM16.5 juta. Pemilikian syarikat stensil ini adalah untuk memperluaskan penawaran produknya dalam segmen elektrik dan elektronik.

5. Pada April 2019 pula, syarikat ini menerima tiga pesanan belian untuk bahagian logam yang dihasilkan oleh Stencil Dynamic dan telah menyumbang perolehan sebanyak RM300 ribu sebulan.

6. Pada Julai 2019, penganalisa saham mendapati bahawa syarikat ini telah memenuhi syarat daripada dua pesanan tambahan yang mampu meningkatkan keuntungan syarikat kepada RM600 ribu sebulan. Secara keseluruhannya, pihak pengurusan telah mensasarkan sumbangan hasil meningkat dalam lingkungan RM16 juta sehingga RM18 juta daripada Dynamic Stencil pada akhir tahun 2020.

7.Syarikat ini tidak pernah mencatatkan kerugian sejak tersenarai di Bursa Malaysia..

A: Annual Earnings

Mengikut kriteria Annual Earnings pula, syarikat yang baik adalah syarikat yang mempunyai peningkatan pendapatan yang konsiten untuk tempoh lima tahun yang terkini Pada tahun 2020, meskipun negara dilanda pandemik Covid-19, namun FPGROUP masih mampu bertahan dan telah  memperolehi keuntungan tahunan yang tertinggi sepanjang syarikat ini disenaraikan di bursa Malaysia.

Ringkasan Penyata Pendapatan Syarikat

N : News, New High, Product, Management

Pengarah syarikat FPGROUP, iaiatu  Puan Teoh Lay Fong telah membeli saham syarikat bernilai  RM80,000 daripada urusan urus niaga perhubungan dalam sekuriti di luar tempoh tertutup.  

Ahli lembaga pengarah FPGROUP menjelaskan bahawa FPGROUPtidak  akan menceburkan diri dalam industri automotif dalam masa terdekat. Perniagaan bahagian kritikal automotif yang dicadangkan hanyalah memanfaatkan kepakaran FPGROUP yang ada dalam reka bentuk dan pembuatan bahagian kejuruteraan ketepatan yang dihasilkan daripada aluminium ,keluli tahan karat dan plastik. Ini merupakan usaha syarikat untuk memperluaskan perniagaannya kepada pelangan baru dengan membuat produk yang memenuhi keperluan pengguna industri automotif

S: Supply Dan Demand

Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin tinggi permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham berkenaan akan naik.

Sekiranya terdapat pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang  berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

Saham yang ringan atau limited edition akan menyebabkan  kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.  

Di antara perkara yang kita perlu ambil kira dalam melihat penawaran dan permintaan ke atas saham syarikat ini adalah saiz modal pasaran (market capitalization)nya. Modal pasaran yang baik adalah sekitar RM200 juta sehingga RM2.0 bilion. Modal pasaran FPGROUP berada dalam keadaan yang baik kerana ianya tidak melebihi RM2.0 bilion.

Kita juga perlu ambil tahu tentang jumlah saham yang diapungkan atau public float shares bagi saham sesebuah syarikat. Public float shares ini membawa maksud bilangan unit saham syarikat yang dibuka kepada orang awam. Public float sharesyang baik hendaklah tidak melebihi 50.0%.

Public float shares  untuk FPGROUP adalah 39.43% dan ianya di dalam kategori yang baik kerana tidak melebihi 50.0% .        

L: Leader And Laggard

Leader adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor.

Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah Leader atau Laggard adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.  

Garisan berwarna oren dalam carta di atas adalah Bursa Malaysia Technology Index atau pun Indeks Teknologi di Bursa Malaysia. Di sini kita membandingkan pergerakan harga saham FPGROUP dengan indeks teknologi secara keseluruhannya.

Kita dapat lihat bagaimana pergerakkan harga saham lebih rendah berbanding indeks dan kita boleh rumuskan bahawa FPGROUP merupakan laggard bagi sektor teknologi. 

Jika kita membandingkan pergerakan harga saham FPGROUP dengan syarikat gergasi seperti V.S. Industry Berhad,(VS) ianya kelihatan jelas bahawa  VS merupakan leader bagi sektor teknologi kerana pergerakan harga saham syarikat mendahului indeks teknologi.

I: Institutional Investors

Institutional Investors bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.

Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Pemegang saham terbesar dalam FPGROUP  adalah Puan Teoh Lay Fong.Pemegang saham yang lain terdiri daripada institusi-institusi  tempatan seperti Amanahraya Trustee BHD. CIMB Group Nominees , Maybank  Nominees , Tokio Marine Life Insurance Malaysia dan sebagainya . 

M: Market Direction

Sumber : Investing.com

FPGROUP kekal berada di atas garisan support RM0.92 sebelum harga membuat kenaikan semula. Garisan resistance terdekat adalah pada RM1.015 dan secara keseluruhanya, FPGROUP masih berada dalam fasa sideways. 

Kemasukan mesin baru dijangka meningkatkan kecekapan (daripada segi produktiviti) sebanyak 60.0% dan ianya boleh membuka jalan bagi kemasukan FPGROUP ke segmen automotif, perubatan dan aeroangkasa. Syarikat ini telah mendapat lesen daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk segmen automotif dan perubatan.

Penganalisa pasaran menyasarkan pertumbuhan perolehan FPGROUP sebanyak 15% sehingga20% untuk tahun 2020, didorong oleh permintaan semula (repeat order) daripada segmen kejuruteraan ketepatan (stiffeners & test sockets) serta stensil laser dan logam oleh Dynamic Stencil.

Penganalisa juga menjangkakan FPGROUPakan mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi 5G. FPGROUP kini sedanggiat untuk mendapatkan pelanggan yang sedang bersedia untuk penggunaan teknologi 5G.

Sekarang kita pergi pula ke soalan yang paling diminati ramai. Boleh ke beli saham FPGROUP ini?

Sekiranya kita merupakan pelabur jangka masa panjang, FPGROUP merupakan salah satu syarikat yang boleh diperhatikan. Sekiranya kita seorang pedagang, kita perlu menunggu catalyst yang membolehkan harga FPGROUP untuknaik semula.  Pada saat itu, kita bolehlah masukkan kaunter FPGROUP ini dalam watchlist kita.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share696ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In