• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, Jan 22 (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada saham global yang telah mencapai kemuncak baharu selepas Joseph Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.13 mata kepada 1,598.93 daripada 1,594.8 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka tinggi sebanyak 1.26 mata kepada 1,596.06.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 194 berbalas 189 manakala 270 kaunter tidak berubah, 469 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Menurut Public Investment Bank, FBM KLCI mungkin mengakhiri minggu ini dalam nada yang lebih positif selepas pelantikan Biden dengan para pelabur menyambut baik janji presiden AS ke-46 ini untuk perbelanjaan rangsangan berjumlah AS$1.9 trilion.

Indeks S&P 500 naik 0.03 peratus, Nasdaq meningkat 0.55 peratus dan Dow Jones turun 0.04 peratus.

“Selepas pelantikannya, Presiden Biden dengan segera membatalkan beberapa tindakan presiden sebelum ini Donald Trump, menandatangani perintah untuk bergabung kembali dengan perjanjian iklim Paris, menghentikan penarikan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menghapuskan larangan kemasukan ke negara ini mengikut warga dari beberapa negara dengan majoriti Islam,” kata bank pelaburan itu dalam satu makluman nota hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.09, Public Bank menambah 12 sen kepada RM21.68, Tenaga meningkat tiga sen kepada RM9.91, Top Glove mengukuh lapan sen kepada RM6.10 dan PChem tidak berubah pada RM7.35 .

Kaunter paling cergas pula, KTG naik setengah sen kepada 25 sen, sementara Dagang Nexchange dan XOX tidak berubah, masing-masing pada 25.5 sen dan 9.5 sen.

Sementara itu, DGB Asia lega setengah sen kepada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.53 mata kepada 11,558.9, Indeks FBMT 100 meningkat 23.9 mata kepada 11,293.21 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 35.75 mata pada 13,021.43.

FBM 70 lebih tinggi 10.65 mata kepada 14,833.17 dan FBM ACE meningkat 14.85 mata kepada 10,739.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.28 mata kepada 14,907.07, Indeks Perladangan meningkat 6.57 mata kepada 7,237.49, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0,01 mata kepada 177,88.

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In