EITA Resources Berhad (KLSE: 5208) (EITA) merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat ini menjana pendapatan melalui pembuatan, servis dan penyelenggaraan elevator berjenama EITA-Schneider®, pembuatan busduct berjemana Furutec®, dan juga sub-station turn-key installation dengan TransSystem Continental Sdn Bhd (TSC) yang merupakan syarikat yang dimiliki oleh EITA sebanyak 60%. Kini nilai pasaran EITA adalah sebanyak RM256.09 juta.
Mari kita lihat 11 perkara ini sebelum nak melabur saham EITA:
1. Keputusan Kewangan 6-Tahun Terkini
EITA telah mencatatkan peningkatan perolehan keseluruhan daripada RM198.91 juta kepada RM305.39 juta dari tahun 2014 sehingga tahun 2019. Ianya disumbangkan oleh penglibatan EITA dalam projek seperti pembinaan dan pemasangan elevator bagi KVMRT Line 1 dan peningkatan jualan eksport elevator-nya ke pasaran luar negara.
Daripada perolehannya ini, keuntungan bersih EITA telah meningkat daripada RM12.72 juta pada tahun 2014 kepada RM20.83 juta pada tahun 2019.


2. Return on Equity (ROE)
Untuk tempoh 6 tahun terkini, EITA telah menjana purata ROE sebanyak 12.22% setahun. Ini bermaksud, pada tahun 2014 sehingga tahun 2019, EITA telah menjana keuntungan bersih sebanyak RM12.22 bagi setiap RM100.00 di dalam ekuiti pemegangan saham.

3. Pengurusan Aliran Tunai
Dari tahun 2014 sehingga tahun 2019, EITA telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM119.85 juta. Selain daripada itu, EITA telah menjana RM12.87 juta di dalam pinjaman jangka panjang. Daripada jumlah tersebut, EITA telah membayar:
– RM38.69 juta untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE).
– RM7.56 juta untuk kos faedah (interest costs).
– RM39.00 juta untuk dividen kepada pemegang saham.
EITA telah berjaya menambah baki tunainya daripada RM27.12 juta pada tahun 2014 kepada RM68.73 juta pada tahun 2019. EITA telah membuktikan kebolehannya daripada segi penjanaan aliran tunai operasi dan ia telah menggunakan tunai yang ada untuk pelaburan ke dalam PPE dan untuk pembayaran dividen secara konsisten kepada para pemegang saham untuk tempoh 6 tahun terkini.

4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada Q4 2020, EITA telah merekodkan RM19.40 juta di dalam liabiliti bukan semasa dan RM185.17 juta di dalam ekuiti pemegang saham. Jadi, nisbah hutang EITA adalah 10.48%.
Pada masa yang sama, EITA telah mencatatkan RM242.63 juta di dalam aset semasa dan RM94.99 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa terkini untuk EITA adalah 2.55.
5. Keputusan Kewangan 12-Bulan Terkini
Untuk tempoh 12-bulan terkini, EITA telah merekodkan perolehan sebanyak RM284.22 juta dan RM 17.29 jutadi dalam keuntungan bersih. Jumlah perolehan syarikat telah merosot pada tahun 2019 disebabkan oleh penurunan jualan elevator, busduct, dan High-Voltage Systems kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan pada Mac 2020. EITA telah mencatatkan Earnings Per Share (EPS) sebanyak 13.30 sen dalam tempoh tersebut.

6. Ibu Pejabat Bukit Raja
Pada 15 Oktober 2015, EITA telah merasmikan premis headquarters yang baru di Bukit Raja, Klang. Ianya dilengkapi dengan sebuah blok pejabat utama, tapak pembuatan, gudang dan Elevator Test Tower setinggi 87 meter. Ia akan menjadi premis perniagaan bagi anak syarikatnya seperti seperti:
– EITA-Schneider (MFG) Sdn Bhd
– Sigriner Automation (MFG) Sdn Bhd (JV Company)
– EITA Research & Development Sdn Bhd
– EITA KOP Sdn Bhd
7. Pengeluaran Saham Bonus
Pada 16 Disember 2020, EITA telah mengumumkan cadangannya untuk mengeluarkan:
1. Saham bonus dengan nisbah 1:1.
2. Warrant percumadengan nisbah 1:1.
Maksudnya, jika kita adalah salah seorang pemegang saham EITA, dengan setiap 1,500 unit saham yang diperolehi, kita akan dapatseperti pengiraan di bawah:
Sebelum Pengeluaran Saham Bonus:
Pelaburan Kita:
= 1,500 Saham x RM 1.97 (Harga Saham Terkini)
= RM 1,970
Selepas Pengeluaran Saham Bonus:
Pelaburan Kita:
= 3,000 Saham x RM 0.985 (Harga Saham Diselaraskan Selepas Saham Bonus)
= RM 1,970
dan kita akan menerima 1,000 unit Warrant EITA percuma.
8. Siapa Pemilik Utama EITA?
Pada 31 Disember 2019, pemegang utama sahamEITA adalah:

Berikut pula merupakan pemilik syarikat yang menjadi shareholders utama:

9. P/E Ratio
Pada 19 Disember 2020, harga saham EITA adalah di sekitar RM1.97 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini ialah 14.81 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini iaitu sebanyak 13.30 sen. Jika kita membandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lalu (2014 sehingga 2019), ia adalah lebih tinggi daripada P/E Ratio purata dalam tempoh 6 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM1.97 / RM0.133
= 14.81

10. P/B Ratio
Pada Q3 2020, EITA telah merekodkan sebanyak RM1.42 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya terkini adalah 12.38. Jika kita bandingkan ia dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2014 sehingga 2019), ianya adalah lebih tinggi daripada purata P/B Ratio untuk tempoh 6 tahun terkini.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 1.97 / RM 1.42
= 1.39

11. Kadar Dividen
Untuk 12 bulan terkini, EITA telah mengumumkan 6.0 sen di dalam Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen EITA terkini adalah 0.32% setahun, lebih rendah daripada purata kadar dividen untuk tempoh 6 tahun tersebut.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.06 / RM 1.97) x 100%
= 3.05%

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, saya mendapati:

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham EITA? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)