• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AirAsia Mahu Kumpul RM454.51 Juta Melalui Tawaran Saham Persendirian

in Catalyst
A A
AirAsia Bekerjasama Dengan AC2 Group Bagi Meningkatkan Keupayaan Rantaian Bekalan

Kredit Gambar : FinTech Magazine

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — AirAsia Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 20 peratus daripada 3.34 bilion saham sedia ada bagi mengumpul kira-kira RM454.51 juta. 

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih. 

Hasil kasar akan digunakan untuk penyelesaian lindung nilai bahan api, bayaran pajakan dan penyelenggaraan pesawat serta perbelanjaan modal kerja am.

“Tawaran saham persendirian yang dicadangkan ini adalah sebagai tindak balas kepada beberapa keadaan luar jangka yang tidak boleh dikawal kumpulan seperti penularan wabak COVID-19 global yang telah menimbulkan cabaran ketara bagi industri penerbangan.

“Sekatan perjalanan yang dikenakan oleh pelbagai kerajaan telah menyebabkan trafik penumpang berkurangan dengan ketara bagi kumpulan dan prospek serta operasi masa depan kumpulan masih berada dalam keadaan tidak menentu,” katanya. 

Selaras dengan jangkaan garis masa vaksinasi dan permintaan yang sedang  beransur-ansur naik untuk perjalanan udara, kumpulan itu akan terus melaksanakan strategi pengurusan kapasiti aktifnya.

Ia menyasarkan untuk beroperasi kira-kira 65 hingga 70 peratus daripada kapasiti 2019 pada tahun ini.

Syarikat penerbangan itu akan terus menilai potensi peningkatan lebih banyak penerbangan dan menambah destinasi untuk pelanggannya pada bulan-bulan akan datang, bagaimanapun, rancangan ini bergantung kepada kelonggaran atau kerajaan akan mengetatkan lagi langkah-langkah kesihatan.

— BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In