fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Servis & Produk Industri Paling Untung Tahun 2020

in Saham
A A
Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Servis & Produk Industri Paling Untung Tahun 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

Ketika kebanyakan pelabur memikirkan sektor sarung tangan dan sektor penjagaan kesihatan menjadi tumpuan pada tahun 2020, ramai yang terlepas pandang terhadap sektor berkaitan perindustrian. Sebenarnya banyak juga kaunter daripada sektor perindustrian yang turut memberikan pulangan yang baik. Sektor perindustrian amat penting bagi memastikan pengeluaran sentiasa berjalan untuk menyokong ekonomi negara.

Mari kita lihat Top 5 saham patuh syariah daripada sektor servis & produk industri paling untung tahun 2020:

1. HLT GLOBAL BERHAD (HLT)

HLT Global Berhad melalui anak syarikat tunggalnya, HL Advance Technologies Sdn Bhd terlibat dalam merekabentuk, fabrikasi, pemasangan, pengujian dan pengoperasian pencelup sarung tangan, pembekalan dan penjualan bahagian komponen yang berkaitan. Kebanyakan pelanggan HLT adalah syarikat pembuatan sarung tangan getah yang terlibat dalam pengeluaran sarung tangan getah asli dan sintetik yang digunakan di dalam pelbagai industri termasuklah industri perubatan dan industri pemprosesan makanan.

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham HLT

Sumber: Trading View

Harga HLT pada 2 Januari 2020 adalah RM0.185 dan harga HLT pada 31 Disember 2020 pula adalah RM1.14. Kenaikan sebanyak RM0.955 ini adalah sebanyak 516.21% dalam masa setahun.

2. HO WAH GENTING BERHAD (HWGB)

Ho Wah Genting Berhad yang memiliki 4 anak syarikat, telah disenaraikan di Papan Ace Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 28 Disember 1994. Di awal penubuhannya, Ho Wah menjalankan perniagaan pengangkutan yang membawa penumpang ke Genting Highland Resorts. Prof Dato Lim Bui Hoon telah berjaya membawa Ho Wah Genting Transport & Tours Sdn Bhd daripada sebuah syarikat pengangkutan kecil menjadi Ho Wah Genting Berhad yang kini tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.

Ho Wah Genting Berhad menerusi anak syarikatnya HWGB Medical Devices & Supplies Sdn Bhd telah memperolehi lesen daripada Badan Peralatan Perubatan (Medical Device Authority) yang telah diumumkan pada30 Oktober yang lalu. Dengan ini, HWGB bakal menjadi wakil pembekal tempatan bagi tujuan pengimportan, penyimpanan dan pengurusan, pengedaran, pemasangan, percubaan dan dokumentasi untuk semua peralatan perubatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: Malaysiastock.biz

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham HWGB

Sumber: Trading View

Harga HWGB pada 2 Januari 2020 adalah RM0.105 dan harga HWGB pada 31 Disember 2020 pula adalah RM0.63. Kenaikan sebanyak RM0.525 ini bermakna harga saham HWGB telah meningkat sebanyak 500% dalam masa setahun.

3. BINTAI KINDEN CORPORATION BERHAD (BINTAI)

Syarikat Bintai mula bekerjasama dengan Kinden Corporation yang merupakan sebuah syarikat mekanikal dan elektrikal terkemuka yang berasal dari negara Jepun pada tahun 1973. Dengan pengalaman lebih daripada 40 tahun di dalam industri kejuruteraan dan pembinaan syarikat juga mempunyai track record yang bagus, Bintai sering menjadi pilihan untuk mengedalikan projek-projek kejututeraan di dalam dan juga luar negara.

Syarikat ini berpangkalan di Kuala Lumpur dan telah memperluaskan operasinya di peringkat global seperti di China, Teluk Arab dan seluruh wilayah Asia Tenggara.

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham BINTAI

Sumber: Trading View

Harga BINTAI pada 2 Januari 2020 adalah RM0.115 dan harga BINTAI pada 31 Disember 2020 pula adalah RM 0.615. Kenaikan sebanyak RM0.50 ini merupakan peningkat sebanyak 434.78% dalam masa setahun.

4. CYMAO HOLDINGS BERHAD (CYMAO)

Cymao Holdings Berhad (Cymao) adalah syarikat pemegangan pelaburan yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan produk papan lapis, yang dijalankan di Malaysia. Anak syarikat Cymao merangkumi Cymao Plywood Sdn. Bhd. (Cymao Plywood), Inovwood Sdn. Bhd. (Inovwood) dan Poly-Ply Industries Sdn. Bhd. (Poly-Ply Industries). Cymao Plywood terlibat dalam pembuatan dan penjualan venir, papan lapis, papan lapis hiasan, dan penyediaan perkhidmatan sewa tongkang.

Inovwood pula terlibat dalam pembuatan dan penjualan venir, papan lapis dan papan lapis hiasan. Poly-Ply Industries pula khusus di dalam pembuatan papan lapis berlapis poliester.

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham CYMAO

Sumber: Trading View

Harga CYMAO pada 2 Januari 2020 adalah RM0.255 dan harga CYMAO pada 31 Disember 2020 pula adalah RM1.29. Memang padu apabila harga saham CYMAO mencatatkan kenaikan sebanyak RM1.035 atau 405.88% dalam masa setahun.

5. ASIA POLY HOLDINGS BERHAD (ASIAPLY)

Asia Poly Industrial Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1993 dengan hanya satu barisan pengeluaran yang terletak di dalam kemudahan pembuatan seluas 200,000 kaki persegi. Asia Poly fokus kepada pengeluaran kepingan akrilik yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan pilihan.

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham ASIAPLY

Sumber: Trading View

Harga ASIAPLY pada 2 Januari 2020 adalah RM0.06 dan harga ASIAPLY pada 31 Disember 2020 pula adalah RM0.27. Kenaikan sebanyak RM0.21 atau 350% ini berjaya diraih oleh ASIAPLY dalam masa hanya setahun.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share486ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

12 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

13 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

18 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In