• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup dalam julat negatif hari ini berikutan jualan besar-besaran di kaunter sarung tangan getah, iaitu Top Glove, Supermax dan Hartalega, masing-masing merosot lebih 1.0 peratus, menyebabkan Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia susut 0.7 peratus.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.74 mata kepada 1,594.80 daripada 1,601.54 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 6.89 mata kepada 1,608.43 dan berada antara 1,594.31 dan 1,615.22 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 812 berbanding 347, manakala 413 kaunter tidak berubah, 549 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 6.71 bilion unit bernilai RM4.28 bilion daripada 5.85 bilion unit bernilai RM4.38 bilion pada Rabu.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US menjadi faktor utama kepada jualan besar-besaran di kaunter sarung tangan getah berikutan dolar yang rendah boleh menjejaskan jualan mereka susulan produk mereka dieksport ke negara lain.

“Pengukuhan ringgit hari ini dilihat sebagai meluas berbanding mata wang global selepas Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus semalam.

“Pasaran serantau lain seperti Singapura, Korea Selatan, Jepun dan China, masing-masing ditutup dalam zon hijau hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street yang kukuh, berikutan keyakinan pelabur mengenai pendapatan korporat yang baik dan prospek bahawa pakej rangsangan yang besar oleh pentadbiran AS yang baharu akan mendorong pertumbuhan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menambah 24 sen kepada RM21.56, Maybank susut empat sen kepada RM8.05, PChem berkurangan 19 sen kepada RM7.35, Tenaga merosot lapan sen kepada RM9.88 manakala Top Glove turun 12 sen kepada RM6.02.

Daripada saham cergas, Dagang NeXchange dan HPPHB, masing-masing menambah tiga sen kepada 25.5 sen dan 74 sen, manakala Lambo tidak berubah pada tiga sen.

AT Systematization dan Vsolar, masing-masing meningkat setengah sen kepada 18 sen dan empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 61.29 mata kepada 11,553.37, Indeks FBMT 100 berkurangan 52.55 mata kepada 11,269.31 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 95.68 mata kepada 12,985.68.

FBM 70 jatuh 88.05 mata kepada 14,822.52 dan FBM ACE susut 125.92 mata kepada 10,724.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.36 mata kepada 14,886.79, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.87 mata kepada 177.89 dan Indeks Perladangan merosot 11.87 mata kepada 7,230.92. 

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.66 bilion saham bernilai RM3.25 bilion daripada 3.55 bilion saham bernilai RM3.47 bilion pada Rabu. 

Jumlah dagangan waran susut kepada 359.04 juta unit bernilai RM60.06 juta daripada 368.51 juta unit bernilai RM62.1 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 2.69 bilion saham bernilai RM973.91 juta daripada 1.93 bilion saham bernilai RM847.38 juta sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 714.27 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.08 bilion), pembinaan (110.13 juta), teknologi (925.56 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (76.12 juta), hartanah (217.24 juta), perladangan (57.08 juta), REIT (15.64 juta), dana tertutup (25,100), tenaga (221.98 juta), penjagaan kesihatan (72.63 juta), telekomunikasi dan media (52.24 juta), pengangkutan dan logistik (85.05 juta), dan utiliti (30.67 juta).

— BERNAMA 

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In