• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Widad Busniess Group Akan Bangunkan Projek Gdv Kira-Kira RM40 Bilion Di Langkawi

in Catalyst
A A
Widad Bekerjasama Dengan Rinani Pasarkan Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Kredit Gambar : Focus Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

ALOR SETAR, 20 Jan (Bernama) — Widad Business Group (WBG) akan membangunkan projek berimpak tinggi di Langkawi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM40 bilion dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.

Ketika mengumumkannya hari ini, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek tersebut merangkumi komponen berkaitan pelancongan seperti hotel, pusat peranginan bertaraf lima bintang selain kediaman serta kemudahan penjagaan kesihatan.

“Kerajaan negeri telah bersetuju menerima pelaburan baharu syarikat tempatan, Widad Business Group di Langkawi yang akan membangunkan Widad@Langkasuka. Ini membabitkan kawasan seluas 800 hektar dengan 90 peratus daripadanya adalah kawasan laut yang akan ditebus guna berhampiran Padang Matsirat.

“Difahamkan syarikat ini telah mengadakan usaha sama dengan syarikat lain melibatkan pelaburan dari dalam dan luar negara yang kebanyakannya berkaitan pelancongan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

Mengulas selanjutnya, Muhammad Sanusi berkata projek itu akan dimulakan selepas selesainya proses pengambilan tanah oleh Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi yang diusahakan pada masa ini.

“Syarikat itu juga telah membuat bayaran fi komitmen kepada kerajaan negeri yang melibatkan jutaan ringgit. Menerusi komitmen ini, kita anggap syarikat tersebut serius untuk membangunkan projek ini dan bayaran itu akan dikembalikan apabila pembangunan mencapai 40 peratus,” katanya.

Muhammad Sanusi juga berharap pelaburan tersebut mampu menjadi satu lagi elemen baharu di Langkawi dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke pulau peranginan tersebut.

“Kita juga mengalu-alukan mana-mana pelabur yang berhasrat melabur dalam apa-apa sektor di Kedah…kita akan terima dengan tangan terbuka dan mudahkan proses demi pembangunan negeri ini,” katanya.

— BERNAMA

Share322ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In