fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Serba Dinamik Dapat Kontrak Bernilai RM548.2 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu, Serba Dinamik Holdings Bhd memulakan tahun 2021 dengan mendapat 11 kontrak dalam operasi serta penggendalian (O&M), kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) serta dalam maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT).

Anak syarikat milik penuhnya, SDIT International Ltd (SDITIL) memperoleh kontrak ICT, sementara anak syarikat 75 peratus miliknya, PT Serba Dinamik Indonesia (PT SDI) memperoleh lapan kontrak O&M.

Jumlah keseluruhan sembilan kontrak itu bernilai RM548.2 juta.

Sementara itu, baki O&M diperoleh anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB).

SDSB juga mendapat kontrak EPCC.

Serba Dinamik dalam satu kenyataan berkata nilai kedua kontrak itu tidak diperincikan kerana mereka berdasarkan “call-out” bermaksud arahan kerja diberikan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual dan kadar aktiviti mereka sepanjang tempoh kontrak masing-masing.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata lima projek O&M diberikan oleh PT Pilar Bahtera Energi, pembekal tenaga tanpa gangguan terkemuka di Indonesia, ia membolehkan Serba Dinamik mengambil bahagian dalam industri tenaga republik itu.

Untuk projek ICT, syarikat itu akan melaksanakan Penyelesaian Pintar untuk pembangunan ‘Bandar Pintar dan Selamat’ di India.

“Walaupun berada dalam persekitaran bekerja dan perniagaan yang sangat mencabar, kami sangat gembira dapat memulakan tahun ini dengan projek bernilai RM548.2 juta. Ini pasti akan mengukuhkan perolehan kontrak kami dan memberi momentum awal kepada kumpulan,” kata Mohd Abdul Karim.

Sehubungan itu,  beliau yakin bahawa syarikat itu akan terus memberikan hasil kewangan yang memberangsangkan untuk tahun 2021.

“Ini juga merupakan bukti pengalaman dan kepakaran kami bahawa kami akan terus mendapat dan menamatkan projek di pasaran domestik dan luar negara,” katanya.

— BERNAMA 

Share235ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In