fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Susut 7.64 Mata Ketika Ditutup Petang Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup petang ini pada paras terendah seharian berikutan kemerosotan dalam saham-saham teknologi, produk pengguna dan penjagaan kesihatan, didahului oleh Petronas Dagangan dan Supermax.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 7.64 mata kepada 1,601.88 daripada 1,609.52 ketika ditutup semalam.

Pada pembukaan pagi ini, indeks utama dibuka tinggi sebanyak 1.54 mata kepada 1,611.06 dan bergerak antara 1,601.88 dan 1,618.41 sepanjang sesi urus niaga.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 624 berbalas 497 manakala 481 kaunter tidak berubah, 494 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan lebih tinggi iaitu sebanyak 6.8 bilion unit bernilai RM4.82 bilion daripada 5.85 bilion unit bernilai RM4.06 bilion pada Isnin.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata FBM KLCI terus merosot pada Selasa sebanyak 0.5 peratus sementara rakan serantau seperti Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong mencatatkan kenaikan, mengambil petunjuk pemulihan ekonomi China daripada pandemik dan ini dapat dilihat pada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK)nya sepanjang tahun sebanyak 2.3 peratus pada tahun 2020.

“Kaunter yang menyaksikan penurunan utama dalam kalangan FBM KLCI adalah kaunter sarung tangan getah seperti Top Glove, Hartalega dan Supermax yang merosot lebih daripada 1.0 peratus pada hari urus niaga.

“Ini menyebabkan inideks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia menyusut 2.1 peratus, menjadikannya sektor paling rugi dalam kalangan sektor,” katanya kepada Bernama

Selain itu, Adam berkata kebanyakan saham perbankan sama ada tidak berubah atau mengalami penurunan menjelang mesyuarat dasar Bank Negara Malaysia esok untuk menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dikekalkan ataupun dikurangkan.

“Penurunan selanjutnya OPR tidak menguntungkan bagi saham perbankan kerana ia bakal memberikan tekanan kepada keuntungan bank,” kata Adam.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM8.10 dan PChem naik 23 sen kepada RM7.51, sementara Public Bank dan Tenaga kedua-duanya turun lapan sen, masing-masing kepada RM20.90 dan RM10.00.

Top Glove pula 21 sen lebih rendah pada RM6.13, IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM5.35 dan Hartalega jatuh 16 sen kepada RM12.20.

Kaunter paling cergas, Vsolar dan PA Resources masing-masing tidak berubah pada empat sen dan 17.5 sen.

Dalam pada itu, Samaiden naik empat sen kepada RM1.72 dan PNE PCB turun empat sen pada 34 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 48.44 mata kepada 11,580.52, Indeks FBMT 100 turun 45.55 mata kepada 11,310.26 sementara Indeks FBM Emas Syariah susut 68.45 mata kepada 13,103.35.

FBM 70 turun 27.21 mata kepada 14,840.85 dan FBM ACE 93.99 mata lebih lemah pada 10,794.37.

Mengikut sektor,  indeks Perkhidmatan Kewangan turun 40.03 mata kepada 14,762.2, Indeks Perladangan susut 9.88 mata kepada 7,289.43 dan Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 77.42 mata kepada 3,528.02.

Sementara itu, indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.77 mata kepada 179.01.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 3.89 bilion saham bernilai RM3.62 bilion berbanding 3.96 bilion saham bernilai RM3.39 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran meningkat kepada 441.37 juta unit bernilai RM62.91 juta berbanding 369.74 juta unit bernilai RM59.34 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 2.46 bilion saham bernilai RM1.14 bilion daripada 2.83 bilion saham bernilai RM850.73 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 619.88 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.39 bilion), pembinaan (285.52 juta), teknologi (496.32 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (62.38 juta), hartanah (258.99 juta), perladangan (61.44 juta), REIT (15.75 juta), dana tertutup (13,900), tenaga (308.52 juta), penjagaan kesihatan (68.9 juta), telekomunikasi dan media (100.05 juta), pengangkutan dan logistik (192.28 juta) dan utiliti (38 juta).

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In