• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 11 Perkara ini Sebelum Nak Melabur Saham MYEG (Edisi: 2021)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 11 Perkara ini Sebelum Nak Melabur Saham MYEG (Edisi: 2021)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

My E.G. Services Berhad (KLSE: 0138) (MYEG) adalah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini membekalkan pelbagai perkhidmatan digital kepada kerajaan dan syarikat swasta di Malaysia. Nilai pasaran terkini MYEG adalah sekitar RM6.43 bilion.

Mari kita lihat 11 perkara ini sebelum nak melabur saham MYEG.

1. Model Perniagaan

MYEG menjana pendapatannya daripada:

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Menurut laporan tahunan pada tahun 2019, 80% daripada perolehan MYEG adalah daripada segmen swasta. Lagi 20% daripada perolehannya adalah daripada pembekalan perkhidmatan digital kepada kerajaan.

2. Pelaburan Antarabangsa

Pada tahun 2017, MYEG mula mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Kini MYEG mempunyai pegangan saham di dalam syarikat-syarikat tersebut:

3. Pengubahan Tarikh Pengakhiran

MYEG telah mengubah tarikh pengakhiran (atau cut-off date) bagi tahunan kewangannya sebanyak dua kali pada tahun 2018 dan 2019. Untuk tempoh  dua tahun tersebut, MYEG telah melaporkan prestasi kewangannya untuk tempoh 15 bulan. Butirannya adalah seperti berikut:

Dalam artikel ini, kami telah melaraskan semula tempoh laporan kewangan untuk membuat perbandingan keputusan kewangan MYEG dengan lebih adil.  

4. Keputusan Kewangan Tahunan

MYEG telah merekodkan peningkatan CAGR sebanyak 24.1% dan 30.2% dalam perolehan dan keuntungan bersih untuk tempoh  10 tahun terkini. Perolehan syarikat meningkat daripada RM55.43 juta pada tahun 2009 kepada RM479.71 juta pada tahun 2019. Keuntungan bersih MYEG juga  telah meningkat daripada RM17.56 juta pada tahun 2009 kepada RM245.94 juta pada tahun 2019.

MYEG telah merekodkan keuntungan bersih yang rendah pada tahun 2018. Ianya disebabkan oleh impairment loss sebanyak RM171.74 juta secara one-off daripada:

Kedua-dua sumber kerugian tersebut adalah berkaitan dengan pemindahan sistem cukai daripada GST kepada SST pada tahun 2018.

5. Return on Equity (ROE)

MYEG telah mencapai purata ROE untuk tempoh 10 tahun  sebanyak 26.48% setahun. Ini membawa maksud bahawa MYEG menjana RM26.48 dalam keuntungan bersih bagi setiap RM100 di dalam ekuiti pemegangan saham pada tahun 2010 sehingga tahun 2019.

6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Untuk tempoh 12 bulan terkini, MYEG telah menjana RM501.87 juta di dalam perolehan dan RM261.93 juta untuk  keuntungan bersih. Maka, Earnings Per Share (EPS) untuk MYEG dalam tempoh 12 bulan tersebut adalah 7.6 sen.

7. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada Q3 2020, MYEG merekodkan RM130.11 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM892.21 juta dalam ekuiti pemegangan saham. Maka, nisbah hutang terkini MYEG adalah 14.58%. Pada masa yang sama, ianya telah mencatatkan RM521.48 juta dalam aset semasa dan RM273.85 juta dalam liabiliti semasa.

Maka, nisbah semasa MYEG adalah 1.90.

8. Pengumpulan Dana

Pada 9 Disember 2020, MYEG telah mengumumkan proposed placement untuk  menerbitkan 220.0 juta unit saham tambahan yang bernilai RM407.0 juta bagi tujuan pelaburan ke dalam projek-projek yang disenaraikan di bawah.

Pada 17 Disember 2020, MYEG telah menyelesaikan penyenaraian 120.0 juta saham baru MYEG (1st tranche) dan berjaya memperoleh dana tambahan bernilai RM216 juta.

9. P/E Ratio

Pada 9 Januari 2021, harga saham MYEG adalah sekitar RM1.75 seunit. Jadi, P/E Ratio yang terkini adalah 23.03, jika dibandingkan dengan EPS-nya untuk tempoh 12 bulan terkini bernilai 7.6 sen. Jika kita membandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 – 2019), nilai terkini  adalah lebih rendah daripada nilai puratanya untuk tempoh 10 tahun terkini.

P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 1.75 / RM 0.076

= 23.03

10. P/B Ratio

Pada Q3 2020, MYEG telah mencatatkan sebanyak 24.74 sen di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya terkini adalah 7.07. Jika kita membandingkannya dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), ia adalah lebih rendah untuk tempoh masa 10 tahun terkini.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 1.75 / RM 0.2474

= 7.07

11. Kadar Dividen

Untuk 12 bulan terkini, MYEG telah membayar 2.50 sen di dalam Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen MYEG yang terkini adalah 1.43% setahun. Nilai ini adalah lebih rendah daripada kadar faedah yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan di Malaysia pada masa kini.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.025 / RM 1.75) x 100%

= 1.43%

Kesimpulan:

Kesimpulannya:

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham MYEG? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share795ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In