fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

in Saham Global
A A
Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

Berakhirnya tahun 2020 dengan pasaran saham Wall Street secara keseluruhannya berjaya menutup kembali kejatuhan yang dibuat pada sekitar bulan Mac yang lalu. Seperti mana kita tahu, pasaran saham sedunia mengalami kejatuhan yang dahsyat pada bulan Mac 2020 akibat daripada lockdown yang berlaku di seluruh dunia. Namun, Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500 kesemuanya berjaya ditutup lebih tinggi daripada paras ketika di awal kejatuhan pasaran saham.

Mari kita lihat carta di bawah terlebih dahulu.

Dow Jones Industrial Average Index

Sumber: Trading View

NASDAQ Composite Index

Sumber: Trading View

 S&P 500

Sumber: Trading View

Sebelum dikupas lebih lanjut, jom kita lihat Top 10 saham patuh syariah sektor industri yang paling untung di Wall Street pada tahun 2020.

Mari kita lihat 5 daripada 10 saham patuh syariah sektor industri yang paling untung di Wall Street pada tahun 2020.

1. Plug Power Inc

Sumber: Trading View

Plug Power Inc. adalah syarikat yang terlibat dalam pembangunan sistem sel bahan bakar hidrogen yang menggantikan bateri konvensional di dalam peralatan dan kenderaan yang dikuasakan oleh elektrik. Syarikat ini beribu pejabat di Latham, New York, dan mempunyai kemudahan di Spokane, Washington, dan Rochester, New York.

Plug Power telah merevolusikan industri pengendalian bahan dengan penyelesaian GenKey perkhidmatan penuhnya, yang direkabentuk untuk meningkatkan produktiviti, menurunkan kos operasi dan mengurangkan kesan karbon dengan kaedah yang dapat dipercayai dan menjimatkan.

2. Tomi Environmental Solutions Inc

Sumber: Trading View

TOMI Environmental Solutions Inc adalah sebuah syarikat pembasmian pencemaran bakteria dan penyakit berjangkit. Syarikat ini juga menyediakan penyelesaian pencemaran persekitaran dalaman melalui produknya iaitu SteraMist. TOMI Environmental Solutions, Inc. ditubuhkan pada tahun 1979 dan beribu pejabat di Beverly Hills, California.

SteraMist Surface Unit adalah sistem semburan pembasmian kuman manakala SteraMist Environment System adalah sistem yang menyediakan penyelesaian untuk membasmi kuman dalam ruang tertutup sehingga 103.8m³. SteraMist Hospital Disinfection Cart membantu membasmi kuman di bilik pembedahan, farmasi, ambulans, kawasan hospital dan fasiliti kesihatan.

3. Fuel Tech Inc

Sumber: Trading View

Fuel Tech ditubuhkan pada tahun 1987 dan merupakan sebuah syarikat teknologi terkemuka yang terlibat dalam pengembangan teknologi untuk mengawal pencemaran udara, mengoptimakan proses dan meningkatkan kecekapan pembakaran. Teknologi ini akan membolehkan pelanggan beroperasi dengan lebih efektif daripada segi kos dan penjagaan alam sekitar. Dua teknololgi utama syarikat ini adalah Air Pollution Control (APC) dan Chemical Technologies.

Teknologi APC melibatkan teknologi yang mampu mengurangkan nitrogen oksida.

Teknologi kimia pula adalah aplikasi bahan kimia yang direka khas untuk meningkatkan kecekapan, ketahanan dan fleksibiliti bahan bakar sistem unit pembakaran.

4. Aqua Metals Inc

Sumber: Trading View

Aqua Metals adalah sebuah syarikat penyedia fasiliti kitar semula.  Syarikat ini menawarkan kemudahan mengitar semula bateri asid plumbum dan mempunyai kemampuan untuk menghasilkan plumbum daripada bateri asid plumbum terpakai.  Misi syarikat ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran plumbum tanpa memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

5. Ocean Bio-Chem Inc

Sumber: Trading View

Ocean Bio Chem Inc adalah pengeluar dan pengedar terkemuka produk marin, automotif, kenderaan rekreasi dan penjagaan rumah di seluruh Utara Amerika Syarikat. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Fort Lauderdale, Florida; manakala fasiliti pembuatan dan pengedaran syarikat terletak di Montgomery, Alabama. Ditubuhkan pada tahun 1973, syarikat ini diterbitkan kepada awam pada tahun 1981.

Nama korporatnya diubah daripada Star Brite menjadi Ocean Bio-Chem, Inc pada tahun 1984, namun syarikat ini terus menjalankan perniagaan sebagai Star Brite.

Kesemua saham di atas merupakan saham yang patuh syariah menurut saringan daripada pihak Islamicly. Saham syarikat ini berjaya melepasi semua saringan yang telah ditetapkan oleh Islamicly, maka boleh beli dan jual tanpa was-was.

Tapi sebelum nak beli apa-apa saham, pastikan kita buat Fundamental Analysis dan Technical Analysis terlebih dahulu.

Berminat nak belajar bagaimana nak jual beli saham global? Dah biasa buat duit dengan Bursa Malaysia, sekarang nak beralih angan ke Wall Street pula?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?

Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Share363ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI
Saham Global

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

2 weeks ago
Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street
Saham Global

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

3 weeks ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In