• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Awal Pagi Kerana Kekurangan Penyertaan Peniaga

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia susut ketika dibuka pagi ini, mengambil petunjuk daripada kelemahan Wall Street pada penutupan Jumaat lepas serta kekurangan penyertaan pelabur.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 10.75 mata kepada 1,616.26 selepas merosot 1.66 mata kepada 1,625.35 ketika dibuka berbanding 1,627.01 pada penutupan Jumaat lepas.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 278 berbalas 186 sementara 310 kaunter tidak berubah, 1,322 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 419.16 juta unit bernilai RM149.36 juta.

Ketua strategi pasaran global Axi, Stephen Innes berkata Wall Street merosot pada hari Jumaat kerana kehilangan besar dalam perbelanjaan runcit AS pada bulan Disember.

Sementara itu, Malacca Securities pula menyatakan dengan pengunduran harga minyak sawit mentah, diikuti oleh spekulasi kemungkinan berlakunya satu lagi pusingan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Rabu ini, para pelabur dijangka mengurangkan lagi pegangan mereka dalam saham berwajaran tinggi seperti perladangan dan perbankan.

Tindakan ini boleh mencetuskan sentimen urus niaga yang negatif dalam kalangan saham perbankan dan boleh mengheret turun FBM KLCI minggu ini.

“Juga, sentimen pasaran mungkin tetap lemah dalam situasi peningkatan kes COVID-19 yang berterusan walaupun dengan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Namun begitu, firma penyelidikan itu mengharapkan beberapa kegiatan segmen berpilih terutamanya dalam bahan binaan di celah-celah pengukuhan harga komoditi seperti timah, besi dan aluminium.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, 18 kaunter berada dalam kerugian, didahului oleh PetChem, yang turun 21 sen kepada RM7.30, Maybank dan CIMB masing-masing susut 10 sen kepada RM81.5 dan RM4.00, sementara Public Bank lebih rendah 24 sen kepada RM20.96.

Sebaliknya, Supermax naik lapan sen kepada RM6.78 dan Top Glove meningkat dua sen kepada RM6.44.

Untuk saham paling cergas, Pegasus Heights tidak berubah pada 2.5 sen, PRG Holdings meningkat 1.5 sen kepada 30 sen dan Asia Poly naik dua sen kepada 32 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 65.21 mata kepada 11,641.13, Indeks FBMT 100 susut 66.82 mata kepada 11,373.71, dan Indeks FBM Emas Shariah menyusut 32.35 mata kepada 13,172.34.

FBM 70 pula jatuh 52.53 mata kepada 14,775.88 sementara FBM ACE meningkat 17.37 mata kepada 10,813.48.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 174.46 mata kepada 14,856.92 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.11 mata kepada 177.69 sementara Indeks Perladangan turun 5.38 mata kepada 7,359.98.

– BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In