fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini selepas berada antara peningkatan dan penurunan sepanjang sesi dagangan pagi.

Prestasi pasaran sejajar dengan beberapa bursa serantau, berikutan jualan besar-besaran semalaman di Wall Street.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.88 mata kepada 1,631.83 daripada 1,635.71 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 1.56 mata kepada 1,637.27 dan berada antara 1,629.33 dan 1,637.88 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 517 berbanding 438, manakala 460 kaunter tidak berubah, 693 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.09 bilion unit bernilai RM2.17 bilion.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah pada Khamis, walaupun Dow dan Nasdaq mencecah paras lebih tinggi pada awal sesi dagangan.

Dow merosot 68.95 mata kepada 30,991.52, S&P 500 susut 14.3 mata kepada 3,795.54 dan Nasdaq Composite berkurangan 16.31 mata kepada 13,112.64.

Seorang penganalisis berkata pelabur berhati-hati selepas AS mengumumkan peningkatan dalam tuntutan pengangguran pada minggu lepas.

Pada masa sama, mereka turut meneliti perincian cadangan bantuan pandemik bernilai U$1.9 trilion oleh Joe Biden, bakal Presiden AS.

Laporan Jabatan Buruh AS mendedahkan bahawa tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri naik sebanyak 181,000 kepada 965,000 yang diselaraskan mengikut musim bagi minggu berakhir 9 Jan – tertinggi sejak akhir Ogos.

Di peringkat tempatan, penganalisis berkata pelabur telah mengambil kira impak ekonomi daripada pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing susut lapan sen dan 22 sen kepada RM8.27 dan RM21.48.

MISC merosot sembilan sen kepada RM6.59, manakala Press Metal, Hartalega, Petronas Gas dan KLK, masing-masing berkurangan enam sen kepada RM8.70, RM12.24, RM16.58 dan RM24.24.

RHB turun lima sen kepada RM5.41 dan HLFG susut 10 sen kepada RM17.24.

Daripada saham cergas, XOX merosot setengah sen kepada 10.5 sen, PNE jatuh 5.5 sen kepada 44.5 sen, GPA naik satu sen kepada 12 sen dan JCY International berkurangan 5.5 sen kepada 53 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 20.33 mata kepada 11,729.09, Indeks FBMT 100 berkurangan 23.74 mata kepada 11,464.87, manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 10.02 mata kepada 13,225.59.

FBM 70 merosot 17.09 mata kepada 14,822.41 dan FBM ACE menambah 60.06 mata kepada 10.820.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 106.14 mata kepada 15,070.47, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.13 mata kepada 178.84, Indeks Perladangan berkurangan 19.48 mata kepada 7,433.98 dan Indeks Penjagaan Kesihatan susut 4.49 mata kepada 3,614.66.

— BERNAMA 

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

15 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In