• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur, Jejaki Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama)  — Bursa Malaysia bercampur-campur tetapi pelabur lebih berhati-hati mengenai sentimen rendah Wall Street selepas tuntutan pengangguran terbesar Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi bantuan pakej rangsangan.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.52 mata kepada 1,632.19 daripada 1,635.71 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 1.56 mata kepada 1,637.27.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 281 berbanding 251, manakala 319 kaunter tidak berubah, 1,257 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 658 juta unit bernilai RM354.29 juta.

Presiden Joe Biden akan melancarkan pelan COVID-19 bernilai 1.9 trilion dolar untuk membendung peningkatan kes COVID-19 dan mengukuhkan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pasaran saham AS memberi reaksi negatif selepas laporan Jabatan Buruh menunjukkan tuntutan pengangguran awal melonjak sebanyak 181,00 — paras tertinggi dalam tempoh lebih empat bulan minggu lepas walaupun pelabur melihat data yang kurang menggalakkan itu sebagai positif kepada pasaran berikutan ia dapat memberikan tekanan kepada penggubal undang-undang untuk meluluskan lebih banyak rangsangan.

Pada penutup, Dow Jones merosot 0.22 peratus, Nasdaq susut 0.12 peratus dan S&P berkurangan 0.38 peratus.

Malacca Securities berkata menjejaki sentimen negatif di Wall Street, selain penurunan dalam FBM KLCI semalam, ia menjangka sentimen dagangan di peringkat tempatan tidak banyak berubah.

“Kenaikan dalam saham teknologi dijangka reda seketika, dengan pedagang mencatatkan keuntungan dalam tempoh beberapa hari ini.

“Berdasarkan beberapa sektor perlu beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, syarikat akan dapat mencatatkan pendapatan sekurang-kurangnya pada suku tahun ini,” katanya dalam nota hari ini.

Sementara itu, firma penyelidikan itu menjangka permintaan terhadap sektor pembinaan, bahan binaan serta minyak dan gas akan meningkat.

Katanya kaunter minyak dan gas dijangka diniagakan tinggi hari ini berikutan sektor itu akan mendapat manfaat daripada harga minyak mentah yang kukuh, diniagakan melebihi US$56 setong pada masa ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, kaunter perbankan rendah selepas meningkat semalam dengan Maybank susut sembilan sen kepada RM8.26, Public Bank turun 16 sen kepada RM21.54 dan CIMB merosot lima sen kepada RM4.09.

Press Metal susut 11 sen kepada RM8.56 dan Hartelega berkurangan 10 sen kepada RM12.20.

Daripada saham cergas, XOX dan Iris, masing-masing susut setengah sen kepada 10.5 sen dan 41 sen.

GPA naik satu sen kepada 12 sen dan JCY International berkurangan 5.5 sen kepada 53 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 16.37 mata kepada 11,733.05, Indeks FBMT 100 susut 23.10 mata kepada 11,465.51, manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 11.49 mata kepada 13,227.06.

FBM 70 susut 23.61 mata kepada 14,815.89 dan FBM ACE naik 32.24 mata kepada 10.792.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 98.49 mata kepada 15,078.12, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.30 mata kepada 178.41, Indeks Perladangan meningkat 0.98 mata kepada 7,454.38 dan Indeks Penjagaan Kesihatan naik 3.93 mata kepada 3,623.08.

— BERNAMA 

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In