• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

KPJ Healthcare Berhad (KLSE: 5878) (KPJ) adalah  salah sebuah pusat perubatan  terbesar di Malaysia. Kini, KPJ beroperasi dengan 32 buah hospital (28 buah di Malaysia; 2 buah Indonesia; sebuah di Thailand; dan sebuah lagi di Bangladesh). KPJ memiliki sebanyak 37% pegangan di dalam Al-Aqar Healthcare REIT, iaitu sebuah REIT bertemakan perubatan yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kini, nilai pasaran KPJ adalah sebanyak RM4.4 bilion .

Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur di dalam saham KPJ:

1. Statistik Operasi

Jumlah rawatan pesakit (inpatient dan outpatient) oleh KPJ telah meningkat  daripada 2.2 juta orang pada tahun 2009 kepada  3.2 juta orang pada tahun 2019. Peningkatan ini seiring dengan peningkatan daripada segi rangkaian hospital, jumlah katil beroperasi dan pasukan perunding perubatan oleh KPJ untuk tempoh masa 10 tahun terkini.

2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini

KPJ telah mencapai peningkatan jualan CAGR sebanyak 9.5% dan 6.7% untuk keuntungan bersih untuk 10 tahun terkini. Perolehan syarikat telah meningkat daripada RM1.46 juta pada tahun  2009 kepada RM3.60 juta pada tahun 2019. Kenaikan ini disebabkan oleh peningkatan kapasiti operasi yang telah diterangkan di atas.

Keuntungan bersih KPJ telah meningkat daripada RM110.9 juta pada tahun 2009 kepada RM211.4 juta pada tahun 2019.

3. Pengurusan Aliran Tunai

Dari tahun 2010 sehingga tahun 2019, KPJ telah menjana RM2.96 bilion aliran tunai operasi dan RM373.6 juta pendapatan dividen dan faedah. Selain itu, KPJ telah menjana sebanyak  RM1.62 bilion daripada pengeluaran ekuiti dan hutang jangka masa panjang untuk 10 tahun terkini. Daripada jumlah itu, KPJ telah membayar:

– RM548.1 juta untuk kos faedah.

– RM3.14 bilion untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE).

– RM168.7 juta untuk  pelaburan bersih ke dalam anak-anak syarikat.

– RM234.2 juta untuk  pelaburan bersih ke dalam hartanah-hartanah pelaburan.

– RM670.0 juta untuk dividen kepada pemegang saham.

Oleh itu, baki tunai KPJ telah meningkat daripada RM142.2 juta pada tahun 2009 kepada RM268.4 juta pada tahun 2019. Terbukti bahawa KPJ merupakan sebuah syarikat yang mampu menjana aliran tunai operasi yang positif secara berterusan dan menggunakannya untuk meningkatkan kapasiti operasinya seperti diterangkan di atas.

4. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada Q3 2020, KPJ telah merekodkan RM2.56 bilion di dalam liabiliti bukan semasa dan sebanyak RM1.94 bilion di dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang KPJ yang terkini adalah 131.77%. Pada masa tersebut, KPJ telah merekodkan RM1.18 bilion di dalam aset bersih dan RM1.31 bilion di dalam liabiliti semasa.Oleh itu, nisbah semasa terkini KPJ adalah sebanyak 0.90.

5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Pada Q2 2020, KPJ telah merekodkan perolehan dan keuntungan bersih yang rendah. Ini disebabkan oleh pengurangan jumlah rawatan pada suku ini yang disebabkan oleh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Secara keseluruhannya, untuk 12 bulan terkini, KPJ telah mencatatkan RM3.31 bilion di dalam perolehan. Daripada jumlah tersebut, ia telah menjana RM169.2 juta di dalam keuntungan bersih atau pun 3.96 sen di dalam Earnings Per Share (EPS).

6. Penjualan PT KPJ Medica pada Harga RM28 Juta

Pada 21 Oktober 2020, KPJ telah menyelesaikan penjualan sebanyak 80% pegangan saham di dalam PT Khidmat Perawatan Jasa Medika (PT KPJ Medica) kepada Encik Irfan Jasri dan Cik Annie Trisusilo pada harga IDR96 bilion (RM28 juta). Dengan itu, jumlah hospital KPJ di Indonesia berkurang daripada 2 buah kepada 1 buah.

7. Pelan Pertumbuhan

Pada tahun 2019, KPJ telah membuka 3 buah hospital baru seperti berikut:

a. KPJ Bandar Dato’ Onn (Februari 2019)

b.KPJ Batu Pahat (Oktober 2019)
c. KPJ Miri (Disember 2019)

Dengan ini, KPJ mempunyai 28 buah hospital di Malaysia pada tahun 2019. Terkini, ia berniat untuk membina 4 buah hospital baru yang akan memuatkan sebanyak 250 katil yang dijangka memulakan operasi pada tahun 2023.

8. P/E Ratio

Pada 10 Disember 2020, harga saham KPJ adalah RM1.03 seunit. Maka, P/E Ratio terkini adalah 26.01 jika dibandingkan dengan EPS-nya untuk 12 bulan terkini sebanyak 3.96 sen. Nilai  EPS pada tahun 2019 pula adalah  sebanyak 4.95 sen, P/E Ratio KPJ adalah 20.81. Jika kita membandingkan dengan P/E Ratio lalu (2010 sehingga 2019), nilai nisbah yang terkini adalah lebih rendah daripada nilai purata untuk  10 tahun terkini.

P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 1.03 / RM 0.0396

= 26.01

P/E Ratio Terkini (2019 EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 1.03 / RM 0.0495

= 20.81

9. P/B Ratio

Pada Q3 2020, KPJ telah merekodkan sebanyak RM0.44 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya terkini adalah 2.34. Jika kita membandingkanya dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), nisbah yang terkini adalah lebih rendah daripada nisbah purata-nya untuk tempoh 10 tahun terkini.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 1.03 / RM 0.44

= 2.34

10. Kadar Dividen

Pada tahun 2020, KPJ telah mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 1.70 sen di dalam dividends per share (DPS). Maka, kadar dividennya terkini adalah 1.65% setahun. Jika ia dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), nilai dividen yang terkini  adalah lebih rendah daripada nilai puratanya sebanyak 1.74% bagi tempoh 10 tahun terkini.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.017 / RM 1.03) x 100%

= 1.65%

Kesimpulan:

Kesimpulannya

Jadi, wajarkah kamu melabur di dalam saham KPJ? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share536ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

5 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

5 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

5 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In