• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah hari ini berikutan tekanan jualan terutamanya yang membabitkan saham-saham tenaga, penjagaan kesihatan dan logistik.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.98 mata kepada 1,635.71 berbanding 1,636.69 sewaktu ditutup semalam.

Indeks penanda aras tersebut dibuka dengan menokok 1.31 mata kepada 1,638.0 serta berlegar dalam jajaran 1,632.20 hingga 1,646.24.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan tipis iaitu 584 berbanding 583 manakala 430 kaunter lain tidak berubah, 502 tidak berubah dan 24 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan merosot kepada 6.49 bilion unit bernilai RM4.87 bilion daripada 7.12 bilion unit bernilai RM5.11 bilion pada Rabu.

Sementara itu, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata peningkatan yang diraih oleh saham-saham sektor perbankan sebaliknya ditenggelamkan oleh kerugian dialami oleh pengeluar sarung tangan.

Menurutnya kaunter Maybank, CIMB dan Public Bank serta Press Metal muncul saham paling untung dalam kalangan indeks FBM KLCI dengan peningkatan sebanyak 5.8 peratus.

Dalam pada itu, Top Glove, Supermax dan Hartalega susut sekurang-kurangnya 3.0 peratus berikutan laporan unjuran penurunan sektor sarung tangan getah oleh JP Morgan.

Menurut Adam, laporan JP Morgan itu mendakwa permintaan terhadap sarung tangan akan susut, sekali gus berbeza daripada jangkaan ramai bahawa keperluan ke atas sarung tangan pakai buang tidak akan merosot secara mendadak.

“Berikutan itu, Indeks Penjagaan Kesihatan di Bursa Malaysia menyaksikan penurunan sebanyak 1.3 peratus pada dagangan hari ini iaitu yang terbesar dalam kalangan indeks mengikut sektor,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat rantau merekodkan prestasi yang lebih bercampur-campur pada hari ini dengan harga minyak mentah kekal di wilayah negatif selepas peningkatan kes COVID-19 terus mencetuskan kebimbangan dan mempengaruhi permintaan.

Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi seperti Top Glove susut 26 sen kepada RM6.37, Hartalega berkurangan 70 sen kepada RM12.30 manakala Supermax rugi 47 sen kepada RM6.64.

Press Metal sebaliknya menokok 48 sen kepada RM8.76 dan PetChem naik lapan sen kepada RM7.50.

Maybank untung lima sen kepada RM8.35 manakala Public Bank meraih 30 sen kepada RM21.70.

Bagi saham aktif, PNE susut 13 sen kepada 50 sen manakala Techna-X meraih 15 sen kepada 16 sen dan Iris menokok tiga sen kepada 41.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 0.66 mata kepada 11,749.42, Indeks FBMT 100 turun 1.64 mata kepada 11,488.61 dan Indeks Syariah FBM Emas merosot 39.41 mata kepada 13,215.57.

Indeks FBM 70 menambah 18.42 mata kepada 14,839.50 manakala FBM ACE meraih 68.04 mata kepada 10.760.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 110.87 mata kepada 15,176.61, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 3.17 mata kepada 178.7, Indeks Perladangan susut 29.66 mata kepada 7,453.46 dan Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 44.43 mata kepada 3,619.15.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 4.10 bilion saham bernilai RM4.12 bilion daripada 4.76 bilion saham bernilai RM4.43 bilion yang dicatatkan semalam.

Jumlah waran berkurangan kepada 450.33 juta unit bernilai RM73.44 juta berbanding 500.21 juta unit bernilai RM81.51 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 1.94 bilion saham bernilai RM671.94 juta daripada 1.86 bilion saham bernilai RM592.77 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 778.55 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian sebanyak 1.54 bilion, pembinaan (154.60 juta), teknologi (457.24 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (97.41 juta), hartanah (175.54 juta), perladangan (78.71 juta), REIT (14.79 juta), dana ditutup(sifar), tenaga (374.46 juta), penjagaan kesihatan (126.74 juta), telekomunikasi dan media (125.37 juta), pengangkutan dan logistik (133.66 juta) serta utiliti (41.91 juta).

— BERNAMA 

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In