• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur ketika mengakhiri dagangan pagi ini selepas penyusutan dialami terutamanya membabitkan sektor penjagaan kesihatan dan hartanah.

Pada 12.30 tengah hari ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.27 mata kepada 1,636.96 daripada 1,636.69 yang diraih sewaktu pasaran ditutup semalam.

Di peringkat pasaran secara meluas bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 560 berbanding 527 manakala 391 kaunter tidak berubah, 621 tidak diniagakan dan 24 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 3.73 bilion unit bernilai RM2.55 bilion.

Seorang penganalisis berkata pasaran serantau dalam keadaan positif walaupun Wall Street mencatat peningkatan sederhana dengan Bursa Malaysia dilihat menjejaki pergerakan sebelum ini.

Bagaimanapun, Indeks Penjagaan Kesihatan diasak tekanan dengan mencatat penurunan lebih 2.1 peratus terutamanya akibat penurunan saham-saham pengeluar sarung tangan yang berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung.

Malah, beliau berkata aktiviti pengambilan untung itu turut dilihat dalam kaunter tertentu selepas Bursa Malaysia mencatat peningkatan semalam.

AmInvestment Bank Bhd semalam menyatakan purata harga jualan (ASP) bagi sarung tangan getah dijangka susut berikutan ketiadaan desakan ketara untuk produk itu berbanding tempoh awal pandemik COVID-19.

“Kami menjangkakan ASP akan mula susut selepas separuh pertama 2021 berikutan permintaan yang kukuh sejak sembilan bulan lepas,” katanya.

Saham pengeluar sarung tangan mendahului kerugian dialami saham wajaran tinggi dengan Top Glove susut 27 sen to RM6.36, Hartalega rugi 64 sen kepada RM12.26 dan Supermax turun 40 sen kepada RM6.71.

Press Metal menokok 38 sen kepada RM8.66 manakala PetChem menambah 13 sen kepada RM7.55.

Maybank pula naik sembilan sen kepada RM8.39 manakala IHH menokok lapan sen kepada RM5.53. 

Bagi saham aktif, PNE susut 10.5 sen kepada 52.5 sen manakala Techna-X dan Iris masing-masing naik 1.5 sen kepada 16 sen dan 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 0.13 mata kepada 11,748.63, Indeks FBMT 100 susut 0.86 mata kepada 11,489.39 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 36.07 mata kepada 13,218.91.

FBM 70 pula merosot 11.97 mata kepada 14,809.11 dan FBM ACE adalah turun 2.23 mata kepada 10.689.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 103.70 mata kepada 15,169.44, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.70 mata kepada 178.24 dan Indeks Perladangan merosot 11.02 mata kepada 7,472.10.

— BERNAMA

Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In