• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Eco World Batal Cadangan Gabungan Dengan UEM Sunrise

in Catalyst
A A
Eco World Batal Cadangan Gabungan Dengan UEM Sunrise

Kredit Gambar: FMT

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) telah membatalkan cadangan gabungan dengan UEM Sunrise Bhd (UEMS) selepas mengambil kira penilaian terperinci dalam persekitaran semasa yang mencabar dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia turut menyifatkan penamatan rundingan berkaitan akan membolehkannya terus aktif meninjau cadangan korporat lain yang lebih seiringan dengan rancangan pertumbuhan dan strategi semasa.

“Pihak Lembaga Pengarah ingin berterima kasih kepada UEM Group Bhd di atas pelawaan untuk kami pertimbangkan cadangan gabungan itu. Kami juga terbuka bagi sebarang kemungkinan jalinan kerjasama dengan UEMS di masa depan sekiranya wujud peluang lain,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kedua-dua syarikat tersebut merupakan antara pemaju hartanah terbesar di negara ini.

Dalam cadangan yang dikemukakan oleh UEM Group pada Oktober lepas, EcoWorld Malaysia akan dijadikan anak syarikat milik penuh UEMS dan dinyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Pihak Suruhanjaya Sekuriti telah memberi tempoh sehingga 31 Januari ini untuk kedua-dua pihak terbabit memutuskan untuk meneruskan rundingan gabungan itu.

Sementara itu dalam kenyataan media hari ini, Pengerusi EcoWorld Malaysia Tan Sri Liew Kee Sin berkata dengan tamatnya rundingan itu, kumpulan berkenaan akan menumpukan rancangan perniagaan sendiri bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober, 2021 (TK21).

Ini termasuk sasaran jualan sebanyak RM2.875 bilion atau 25 peratus lebih tinggi berbanding jualan sebenar RM2.3 bilion pada TK20.

“Kami telah mencatat permulaan agak kukuh dengan jualan sebanyak RM500 juta yang dicapai dalam dua bulan pertama TK21.

“Ini satu pencapaian yang amat menggalakkan memandangkan November dan Disember lazimnya tempoh yang agak lengang untuk sektor hartanah. Kejayaan merekodkan jualan itu turut membuktikan keberkesanan transformasi keseluruhan proses jualan dengan memanfaatkan mekanisme sedia ada, terutama saluran media sosial dan digital bagi penglibatan pelanggan,” katanya.

Liew berkata kumpulan itu akan terus menumpukan usaha pendigitalan dan menambah baik semua aspek proses jualan ketika tempoh PKP kali ini selain berusaha meraih sasaran jualan bagi tahun ini.

Dalam pada itu, saham-saham EcoWorld Malaysia dan UEMS telah digantung pada 2.30 petang ini dan didagangkan semula sejam kemudian.

— BERNAMA

Share327ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In