• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Servis & Produk Pengguna Paling Untung Tahun 2020

in Market Update
A A
Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Servis & Produk Pengguna Paling Untung Tahun 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam sektor pengguna, terdapat beberapa sub-sektor yang ada seperti sektor produk pertanian, automotif, servis pengguna, makanan dan minuman, barangan isi rumah, barangan peribadi, peruncitan, dan yang terakhir sektor perjalanan, percutian dan perhotelan. Sektor pengguna boleh dikatakan sektor yang boleh diperhatikan kerana tidak kira apa jua situasi yang melanda, pasti ada sub-sektor yang mampu bertahan ketika berlaku sebarang krisis ekonomi.

Ini adalah kerana orang ramai sebagai pengguna masih memerlukan produk pengguna untuk meneruskan kehidupan seharian.

Mari kita lihat Top 5 saham patuh syariah sektor pengguna yang paling untung bagi tahun 2020:

Sumber: iSaham

1. EURO HOLDINGS BERHAD (EURO)

Sejarah Euro Holdings Berhad bermula pada tahun 1976 sebagai sebuah perniagaan kecil yang hanya mempunyai 3 orang pekerja. Pada awal penubuhan Euro, mereka hanya menghasilkan sofa dan kusyen. Kini Euro telah berjaya berkembang ke pasaran global dan menjadi pengeluar perabot pejabat yang terkemuka. Euro mempunyai tiga kilang yang terletak di Rawang. Euro disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2005.

Kenaikan Harga Saham Syarikat Berkaitan Kayu Juga Disebabkan Kenaikan Harga Komoditi Kayu Pada Tahun 2020

Sumber : Finviz

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham EURO

Sumber: Trading View

Harga EURO pada 2 Januari 2020 adalah RM0.05 dan harga EURO pada 31 Disember 2020 adalah RM2.90. Kenaikan sebanyak RM2.85 ini adalah sebanyak 5,700% dalam masa setahun. Sehingga kini, harga saham EURO dilihat masih lagi akan meneruskan kenaikan.

2. GETS GLOBAL BERHAD (GETS)

Gets Global Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 2002. Segmen perniagaan GETS merangkumi perniagaan berkaitan pengangkutan dan terbaharu adalah pembuatan sarung tangan. Anak syarikat GETS iaitu Onetex sedang dalam fasa menyiapkan 12 barisan pengeluaran sarung tangan di Kamunting, Taiping yang mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sebanyak 4.665 bilion unit sarung tangan setahun.

Catalyst Sepanjang Tahun 2020

Sumber: Theedgemarkets.com

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham GETS

Sumber: Trading View

Harga GETS pada 2 Januari 2020 adalahRM 0.175 dan harga GETS pada 31 Disember 2020 adalah RM2.05. Kenaikan sebanyak RM1.875 ini adalah sebanyak 1,071.43% dalam masa setahun. 

3. KPOWER BERHAD (KPOWER)

Kpower Berhad yang sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Powernet Berhad, telah ditubuhkan pada 3 Februari 1997. Pada mulanya syarikat ini bermula sebagai pengeluar fabrik kepada industri pakaian dalam. Ianya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada 22 Mac 2002. KPower kemudiannya dipindahkan ke Papan Utama Bursa Securities pada tahun 2009.

Kpower menjalankan perniagaan dalam empat teras utama iaitu tenaga & utiliti, hartanah, logistik, dan penjagaan kesihatan & teknologi.

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham KPOWER

Sumber: Trading View

Harga KPOWER pada 2 Januari 2020 adalah RM1.40 dan harga KPOWER pada 31 Disember 2020 adalah RM7.23. Kenaikan sebanyak RM5.83 ini adalah sebanyak 416.43% dalam masa setahun. 

4. NICHE CAPITAL EMAS HOLDINGS BERHAD (NICE)

Niche Capital Emas Holdings Berhad merupakan syarikat yang berada di dalam sektor emas. Pada awalnya, Nice disenaraikan di pasaran kedua Bursa Malaysia iaitu pasaran Ace dan kini Nice telah disenaraikan di Pasaran Utama (Main Market) Bursa Malaysia.

Kumpulan ini terlibat dengan sektor perdagangan, pengedaran, dan peruncitan batu jed, perhiasan emas dan pelbagai perhiasan lain. Berpangkalan di negeri Pulau Pinang, Niche mempunyai 5 anak syarikat yang beroperasi di seluruh Malaysia, China dan Hong Kong.

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham NICE

Sumber: Trading View

Harga NICE pada 2 Januari 2020 adalah RM0.06 dan harga NICE pada 31 Disember 2020 adalah RM0.24. Kenaikan sebanyak RM0.18 ini adalah sebanyak 300% dalam masa setahun.  

5. MACPIE BERHAD (MACPIE)

Macpie Berhad yang sebelum ini dikenali sebagai Sterling Progress Berhad, telah menukar namanya pada 3 April 2019 untuk menunjukkan perubahan hala tuju syarikat. Syarikat ini telah disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad sejak tahun 2007 lagi.

Macpie Berhad mempunyai dua segmen teras iaitu pengurusan runcit & pengedaran dan pengurusan acara. Anak syarikat segmen pengurusan runcit & pengedaran terdiri daripada Macpie Distribution, Macpie Management dan PC3 Technology, sementara anak syarikat segmen pengurusan acara merangkumi Macpie Pro, Macpie Equipment, Macpie Ticketing, Level Up Plus, dan Macpie Entertainment.

Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham MACPIE

Sumber: Trading View

Harga MACPIE pada 2 Januari 2020 adalah RM0.12 dan harga MACPIE pada 31 Disember 2020 adalah RM0.475. Kenaikan RM0.355  ini bermaksud bahawa harga saham telah naik sebanyak 295.83% dalam masa setahun.  

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share496ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In