Salah satu cara untuk kita menilai prestasi sesebuah syarikat adalah dengan membandingkan komponen-komponen kewangan syarikat dengan pesaingnya yang lain di dalam industri yang sama. Kita juga boleh membuat perbandingan terus dengan industri itu sendiri. Ini kerana, industri tersebut mempunyai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama dengan syarikat yang kita ingin kaji.
Untuk membandingkan prestasi di antara syarikat, penggunaan nisbah adalah kaedah yang paling baik kerana penggunaan nisbah ini akan menghapuskan diskriminasi saiz di antara syarikat. Dengan penggunaan nisbah ini, tiada masalah untuk kita membuat perbandingan di antara syarikat yang mempunyai saiz yang berbeza.
Nisbah yang kita akan gunakan juga perlu dikategorikan kepada beberapa bahagian untuk membuat penilaian yang lebih bersasar. Di antara kategorinya adalah nisbah aktiviti (activity ratio), nisbah kecairan (liquidity ratio), nisbah kesolvenan (solvency ratio)dan juga nisbah keuntungan (profitability).
Kali ini, kita akan mengkaji Mahsing Group Berhad dan menilaikan syarikat ini berbanding industrinya dengan menggunakan maklumat nisbah yang diperolehi daripada Investing.com.
Mah Sing Group Berhad (MAHSING) (8583)
Mah Sing Group Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor pembinaan dan merupakan hartanah yang terkemuka di Malaysia. Syarikat ini tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan modal pasaran terkini yang bernilai RM2.21 bilion. Pembinaan hartanah syarikat ini termasuklah hartanah untuk kediaman awam, komersial dan industri.
Selain daripada pembinaan hartanah, MAHSING juga terlibat dalam pembuatan plastik, penyusunan dan perdagangan pelbagai jenis produk berasaskan plastik. Harga semasa saham syarikat ini adalah sekitar RM0.860 seunit.
Nisbah Aktiviti Syarikat
Nisbah ini digunakan untuk melihat kecekapan syarikat menguruskan aset yang dimiliki. Nisbah ini juga dikenali sebagai nisbah kecekapan operasi dan juga nisbah kemanfaatan aset syarikat. Antara nisbah aktiviti yang akan digunakan untuk kajian ini adalah nisbah Inventory Turnover, Asset Turnover dan Receivable Turnover.

1. Asset Turnover Ratio
Nisbah ini digunakan untuk mengukur pendapatan syarikat yang berjaya dijana dengan aset yang dimiliki. Nisbah ini diukur mengikut industri masing-masing. Memandangkan industri pembuatan melibatkan modal yang besar, biasanya ia akan menghasilkan nisbah menghampiri nilai satu, manakala industri runcit akan menghasilkan nisbah menghampiri 10.
Nisbah ini sangat baik jika jumlahnya menghampiri jumlah nisbah industrinya. Ini kerana jika nilainya terlalu kecil, bermakna modal syarikat terikat kepada asetnya semata. Jika nilainya terlalu besar berbanding industri pula, ianya bermakna syarikat memiliki aset yang terlalu sedikit untuk mempunyai potensi menjana pendapatan.
Untuk syarikat MAHSING ini, kita dapat lihat bahawa nisbah Asset Turnover-nya adalah sebanyak 0.23 dan nisbah industri pula sebanyak 0.31. Perbezaannya hanya kurang 0.08 mata berbanding dengan nisbah industri. Nilai nisbah MAHSING masih boleh dianggap relevan dengan industri.
2. Inventory Turnover Ratio
Nisbah ini adalah untuk mengukur kecekapan syarikat memproses bahan persediaan (inventory). Nisbah ini adalah sangat baik jika mempunyai nilai yang hampir dengan nilai nisbah industri. Jika terlalu tinggi, ini bermakna syarikat bakal menghadapi kehabisan stok untuk dijual dan akan menjejaskan hasil jualan di masa hadapan. Jika terlalu rendah pula, bahan persediaan syarikat terlalu banyak dan dikhuatiri akan menjadi usang atau rosak.
Nilai nisbah Inventory Turnover MAHSING adalah sebanyak 0.48 manakala nisbah untuk industri pula adalah 5.0. Jarak nisbah MAHSING agak jauh berbeza berbanding nisbah industri dengan perbezaan sebanyak 4.52 mata.
Ini menunjukkan bahawa syarikat mempunyai inventory yang banyak dan kemungkinan faktornya adalah kerana projek-projek perumahan yang dikendalikan MAHSING tergendalah buat sementara akibat daripada perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. MAHSING mempunyai simpanan bahan persediaan yang banyak untuk ketika ini dan dikhuatiri bahan persediaan ini akan usang atau rosak.
Jika dilihat kepada perniagaan MAHSING, bahan-bahan binaan seperti bata dan simen tidak akan rosak jika disimpan dan dijaga dengan baik. Namun, risiko kebakaran atau kecurian bahan persediaan ini akan memberi impak yang besar kepada syarikat sekiranya ianya berlaku.
3. Receivable Turnover Ratio
Nisbah ini menunjukkan tempoh pungutan hutang daripada penghutangnya. Nisbah yang baik adalah yang hampir dengan nisbah industri. Jika nisbah ini terlalu tinggi, ini bermakna syarikat mempunyai polisi pemberian hutang yang sangat ketat. Ini dikhuatiri akan menjejaskan jualan syarikat. Sebaliknya jika nilai ini terlalu rendah pula, polisi pemberian hutang syarikat terlalu longgar dan penghutang mengambil masa yang terlalu lama untuk melangsaikan hutang mereka.
Jika dibandingkan nisbah MAHSING dengan industri, nisbah receivable turnover MAHSING agak rendah berbanding dengan industri. Ini menunjukkan polisi pemberian hutang MAHSING kepada pelanggan mereka agak longgar berbanding pesaing yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh strategi jualan berdaya saing oleh MAHSING untuk menjual produknya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini.
Nisbah Kecairan Syarikat
Nisbah ini pula adalah untuk melihat keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutannya dalam jangka masa pendek. Antara nisbah kecairan yang akan digunakan adalah Current Ratio.

4. Quick Ratio dan Current Ratio
Semakin tinggi kedua-dua nilai nisbah ini, semakin baik ianya untuk syarikat. Jika nilai nisbah ini kurang daripada satu, ini bermakna syarikat sedang mengalamai kekurangan modal dan syarikat bakal menghadapai masalah kecairan. Jika nilai nisbah ini lebih daripada satu pula, ianya bermakna syarikat tidak menghadapi masalah untuk memenuhi tuntutan jangka masa pendeknya.
Nilai nisbah MAHSING untuk Quick Ratio adalah 1.59 kurang 0.13 mata berbanding nisbah industri. Quick Ratio untuk MAHSING masih boleh dianggap releven untuk syarikat di dalam sektor yang sama. Current Ratio-nya pula adalah 3.41, lebih 0.63 mata berbanding nisbah industri. Jadi secara keselurhannya, MAHSING boleh dikatakan tidak mempunyai masalah untuk memenuhi tuntutan jangka masa pendeknya dan kadar kecairan yang baik.
Nisbah Kesolvenan Syarikat
Nisbah ini pula bertujuan untuk melihat keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutannya untuk jangka masa panjang. Nisbah yang akan digunakan adalah Long Term Debt to Equity Ratio dan Total Debt to Equity Ratio.

5. Long Term Debt To Equity dan Total Debt Equity
Kedua-dua nisbah ini pula digunakan untuk melihat kebergantungan syarikat kepada pembiayaan kos tetap mereka. Semakin tinggi nilai nisbah ini, bermakna tahap kebergantungan syarikat kepada hutang adalah tinggi.
Kedua-dua nisbah MAHSING ini menunjukkan jumlah nisbah yang rendah jika dibandingkan dengan industri. Perbezaan kedua-dua nisbah ini berbanding industri melebihi 20 dan 40 mata ke atas. Ini bermakna, kadar kebergantungan hutang oleh syarikat MAHSING adalah rendah dan ini merupakan satu petanda yang baik untuk syarikat MAHSING.
Nisbah Keuntungan Syarikat
Nisbah keuntungan adalah untuk mengukur prestasi syarikat yang berkaitan dengan pendapatan, aset, ekuiti dan modal syarikat. Antara nisbah yang akan dikaji adalah nisbah Gross Profit Margin, Return on Asset dan Return on Equity.

6. Gross Margin
Nisbah Gross Profit margin ini adalah untuk melihat perolehan kasar syarikat. Nilai ini biasanya boleh meningkat jika syarikat meningkatkan harga jualan mereka atau mengurangkan kos operasi mereka.
Untuk MAHSING, nilai nisbah Gross Margin-nya adalah 27.74% dan nisbah industri pula ialah 30.73%, berbeza sebanyak 2.99 mata. Perbezaan nisbah ini tidak ketara dan kita boleh anggap bahawa syarikat mengenakan harga yang setimpal dengan industri.
7. Return on Equity
Nisbah ini adalah untuk melihat pendapatan yang syarikat mampu jana dengan modal yang dilaburkan. Jika nilai ini lebih tinggi adalah lebih baik.
Untuk MAHSING, nilai ROE syarikat ini sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan industri dengan perbezaan 7.59 mata. Syarikat ini hanya mampu menjana pendapatan sebanyak RM1.09 daripada setiap RM100 yang dilaburkan oleh pelabur sedangkan purata pesaing yang lain mampu menjana ROE sebanyak RM8.68 dengan setiap RM100 yang dilaburkan.
8. Return on Assets (ROA)
Nisbah ROA pula adalah untuk melihat pendapatan yang mampu dijana oleh syarikat dengan modal yang dilaburkan oleh pelabur awam, pelabur terpilih (preferred stockholder), pembekal dan juga daripada pembiayaan hutangnya. Sama seperti ROE, nilai yang lebih tinggi adalah lebih baik.
Nisbah ROA syarikat MAHSING juga agak rendah jika dibandingkan dengan nisbah industri. MAHSING hanya mampu menjana 2.15% pendapatan dengan setiap RM1 yang dilaburkankan. Sedangkan purata pesaing mereka yang lain mampu menjana sebanyak 4.64% pulangan pendapatan.
Rumusan
Maka, dari kajian di atas kita boleh membuat kesimpulan bahawa MAHSING mempunyai:

Adakah anda ingin melabur ke dalam syarikat MAHSING selepas membuat perbandingan nisbah ini?
Jemput baca 8 Perbandingan Nisbah JHM Consolidation Dengan Nisbah Industri Yang Kita Perlu Tahu.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)