fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Di Paras Lebih 1,600 Ketika Akhiri Dagangan Pagi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan melebihi paras penting 1,600 mata, namun pasaran secara meluas kekal suram berikutan ketiadaan minat belian.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.77 mata kepada 1,605.48.

Sewaktu pasaran dibuka, indeks tersebut turun 1.41 mata kepada 1,615.84 daripada 1,617.25 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ia juga bergerak dalan jajaran 1,590.71 hingga 1,615.84 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 763 berbanding 381 manakala 402 kaunter lain tidak berubah, 538 tidak didagangkan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 5.08 bilion unit bernilai RM3.26 bilion.

Pada pagi ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di negara ini.

Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga ke suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Susulan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas darurat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan berkata langkah menerusi Ordinan Darurat itu perlu untuk mengekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius serta berikutan jumlah kes yang tidak menunjukkan penurunan.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan serta aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat.

Muhyiddin berkata Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia akan terus memainkan peranan mereka sebagai pemangkin pengawal selia dan pemudah cara syarikat dan pasaran.

Sementara itu di peringkat rantau, pasaran ekuiti mencatat prestasi bercampur-campur berikutan petunjuk negatif semalaman Wall Street ketika kebimbangan mengenai peningkatan kes COVID-19 global terus ketara.

Pasaran serantau juga dilihat berhati-hati selepas pihak Demokrat di Kongres AS telah memulakan usaha mengenakan tindakan terhadap Presiden Donald Trump susulan kejadian ganas di Capitol Hill, baru-baru ini.

Dalam pada itu, di peringkat tempatan menyaksikan kaunter perbankan mendahului penyusutan saham-saham berwajaran tinggi dengan Maybank rugi 12 sen kepada RM8.07, Public Bank merosot 30 sen kepada RM19.98 dan CIMB turun lapan sen kepada RM3.96.

TNB juga susut 14 sen kepada RM10.10, PetChem turun 11 sen kepada RM7.19 manakala IHH dan Axiata masing-masing merosot enam sen kepada RM5.54 dan RM3.57.

Top Glove dan Hartalega pulih daripada penyusutan semalam apabila masing-masing meningkat 14 sen kepada RM6.57 dan 38 sen kepada RM12.60.

Bagi saham aktif, Hubline, Lambo dan VSolar tidak berubah masing-masing pada lima sen, tiga sen dan empat sen.

Iris menokok 5.5 sen kepada 40 sen manakala AT Systematization naik setengah sen kepada 18 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas merosot 75.35 mata kepada 11,473.13, Indeks FBMT 100 susut 80.52 mata kepada 11,232.54 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 26.80 mata kepada 13,043.89.

FBM 70 menguncup 95.58 mata kepada 14,337.50 manakala FBM ACE naik 24.61 mata kepada 10,383.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 277.25 mata kepada 14,544.16, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.76 mata kepada 171.24 dan Indeks Perladangan susut 43.53 mata kepada 7,440.04.

— BERNAMA 

Share209ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In