Permulaan yang baik untuk tahun 2021 bagi indeks Nasdaq kerana pada 7 Januari 2021, Nasdaq telah berjaya mencecah 13 ribu mata buat pertama kalinya dalam sejarah lalu membuat paras All-Time High yang baru.

Ianya merupakan catalyst yang sangat baik kepada sektor teknologi secara keseluruhannya, sama ada di Amerika Syarikat atau pun di Malaysia.

Sebelum diulas lebih lanjut mengenai kenaikan Nasdaq ini, tahukah anda apa itu Nasdaq?
Apa Itu Nasdaq Composite Index (Nasdaq)?
Nasdaq adalah singkatan bagi National Association of Securities Dealers Automated Quotations. Nasdaq Stock Market atau pun lebih dikenali sebagai Nasdaq adalah bursa saham Amerika Syarikat yang terletak di One Liberty Plaza, New York City.
Indeks Nasdaq merangkumi semua syarikat yang tersenarai di pasaran saham Nasdaq yang terdiri daripada lebih 3,300 saham kesemuanya. Ini menjadikan Nasdaq jauh lebih luas jika dibandingkan dengan Dow Jones.
Nasdaq menghimpunkan banyak syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan teknologi dan internet. Namun ada juga syarikat kewangan, pengguna, bioteknologi dan industri. Maka, Nasdaq boleh dilihat sebagai petunjuk kepada pergerakan saham-saham teknologi di Amerika Syarikat.
Mengapa perlu melihat kepada Nasdaq? Senang cerita, sekiranya petunjuk Nasdaq hijau maka kita boleh perhatikan kaunter-kaunter teknologi di Bursa Malaysia.
Apa pula kaunter-kaunter teknologi di Bursa Malaysia? Rajin-rajinkan lah diri kita untuk membuat kajian secara lebih mendalam untuk mencari kaunter dari setiap sektor agar kita lebih bersedia menghadapi pasaran. Kena ambil tahu siapa leader dan siapa pula laggard dalam sektor teknologi.
Baca: Apa Itu Leader Dan Laggard?
Kenapa Nasdaq Naik?
Nasdaq membuat kenaikan yang kuat kesan daripada kenaikan kaunter-kaunter teknologi di Wall Street seperti Tesla (TSLA), Facebook (FB), Microsoft (MSFT), Advanced Micro Device (AMD), Logitech (LOGI), Apple (AAPL) dan banyak lagi. Ia didorong oleh sentimen kepercayaan orang ramai terhadap pemulihan ekonomi setelah Joe Biden mengambil alih pentadbiran White House kelak.
Pengerusi senat demokrat Amerika Syarikat iaitu Chuck Schumer, telah mengarahkan Timbalan Presiden Mike Pence untuk menyingkirkan Trump dari pejabat pada hari Khamis yang lalu.
Malah pihak media sosial seperti Twitter juga membeku akaun Donald Trump untuk sekurang-kurangnya 12 jam kerana Trump dikatakan menggalakkan demonstrasi untuk memprotes kemenangan Joe Biden. Bukan sahaja Twitter, tetapi Facebook turut membekukan akaun Trump sehingga peralihan kuasa tersebut berlaku.
Melihat situasi ini, orang ramai yakin ekonomi akan pulih semula dan pentadbiran yang lebih lancar di bawah pentadbiran Joe Biden.
Selain daripada itu, para pelabur turut optimis dengan kemajuan teknologi dunia yang semakin maju ke hadapan. Maka para pelabur melihat ini sebagai peluang yang baik untuk melabur di dalam syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan teknologi.
Apa Kesannya Kepada Sektor Teknologi Di Negara Kita?
Pergolakan politik di Amerika Syarikat bagaimanapun telah menyebabkan indeks pasaran di sana menjadi positif seperti kenaikan Dow Jones Industrial Average Index, Nasdaq Composite Index dan juga S&P 500.
Nasdaq yang sinonim dengan sektor teknologi sedikit sebanyak akan mempengaruhi pasaran saham tempatan, terutamanya sektor teknologi. Pada kebiasaannya, indeks teknologi di Malaysia akan bergerak seiring dengan indeks Nasdaq.
Tak percaya? Jom lihat carta di bawah.

Jadi apa lagi? Di Bursa Malaysia, terdapat beberapa kaunter di dalam sektor teknologi yang mempunyai asas fundamental yang baik dan boleh diperhatikan. Di antaranya adalah D&O, Greatec, Frontken, VS, MMSV dan banyak lagi. Jika dah terlepas leader dalam sektor tersebut, jangan risau kerana masih ada saham-saham laggard yang boleh diperhatikan.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards




