• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia terus rendah pada sesi pagi berikutan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang pengumuman kerajaan mengenai langkah-langkah COVID-19 yang baharu hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 20.01 mata kepada 1,613.18 selepas merosot 5.97 mata kepada 1,627.22 pada pembukaan daripada 1,633.19 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks berada antara 1,607.52 dan 1,627.22 sepanjang sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 584 berbanding 503, manakala 823 kaunter tidak berubah, 174 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.28 bilion unit bernilai RM3.26 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan akan membuat pengumuman khas hari ini mengenai langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung kes COVID-19 yang meningkat di negara ini.

Penganalisis berkata pasaran dalam sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan mengenai sekatan pergerakan, berdasarkan kes COVID-19 tempatan yang meningkat.

Katanya data pekerjaan dan pengeluaran yang tidak begitu optimis bagi November 2020, yang diumumkan hari ini, boleh mempengaruhi sentimen.

Kadar pengangguran Malaysia naik kepada 4.8 peratus pada November 2020 daripada 4.7 peratus pada Oktober 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Katanya dengan situasi ekonomi dan kesihatan yang terus tidak menentu di seluruh dunia dan di negara ini, permintaan terhadap tenaga buruh yang rendah dijangka berterusan pada Disember 2020.

Indeks Pengeluaran Perindustrian susut 2.2 peratus tahun ke tahun pada November 2020 berikutan indeks perlombongan dan elektrik yang rendah.

Sementara itu, jualan sektor pembuatan naik 2.1 peratus tahun ke tahun kepada RM119.9 bilion pada bulan tersebut. Bagaimanapun, pada asas bulanan, nilai jualan merosot 1.7 peratus. 

Dari aspek positif, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian pembuatan dan pembekalan untuk vaksin COVID-19 syarikat farmaseutikal di Malaysia.

Perjanjian hari ini adalah lanjutan daripada perjanjian yang dimeterai pada 24 Nov, 2020.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, 23 kaunter rendah diterajui oleh Maybank, yang susut 24 sen kepada RM8.16 dan PetChem merosot 27 sen kepada RM7.29.

Hartalega berkurangan 38 sen kepada RM12.12, Top Glove susut 13 sen kepada RM6.37 dan TNB turun 18 sen kepada RM10.34.

Dalam pada itu, KLK menambah 70 sen kepada RM24.70 dan IHH tidak berubah pada RM5.61.

Daripada saham cergas, Bintai Kinden naik 11.5 sen kepada 70.5 sen. Pada Jumaat lepas, syarikat itu mengumumkan anak syarikatnya, Bintai Healthcare Sdn Bhd, telah dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk Greenie Medi Cold Chain Box, direka untuk penyimpanan dan pengedaran vaksin COVID-19 di Asia Tenggara.

AT Systematization susut setengah sen kepada 18.5 sen dan DGB Asia berkurangan 5.5 sen kepada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 107.73 mata kepada 11,529.72, Indeks FBMT 100 berkurangan 120.46 mata kepada 11,287.35 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 116.26 mata kepada 13,037.68.

FBM 70 berkurangan 77 mata kepada 14,411.11 dan FBM ACE naik 1.54 mata kepada 10,498.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 187.22 mata kepada 14,820.89 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 2.4 mata kepada 172.18 manakala Indeks Perladangan naik 75.04 mata kepada 7,493.33.

— BERNAMA 

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In