• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

V.S. Industry Peruntuk RM200 Juta Perbelanjaan Modal Bagi Tahun Kewangan 2021

in Catalyst
A A
VS Industry Catat Keuntungan Selepas Cukai RM66.68 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — V.S. Industry Bhd (VS), penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM200 juta bagi tahun kewangan 2021 untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti dan keupayaannya. 

Pengarah Urusannya Datuk S.Y.Gan berkata meskipun 2020 merupakan tahun yang sukar bagi syarikat itu berikutan cabaran pasaran yang belum pernah berlaku sebelum ini akibat pandemik COVID-19 dan isu-isu makroekonomi yang berterusan, namun ia berjaya memperoleh dua pelanggan baharu dari Amerika Syarikat (AS).  

“Selain itu, kami juga menjangkakan tempahan kukuh daripada pelanggan sedia ada kami akan kekal dalam tempoh terdekat ini. Dengan ini dan pelanggan yang baru diperoleh, kapasiti sedia ada kami dijangka dipenuhi sepenuhnya pada 2021. 

“Oleh itu, kami memperuntukkan kira-kira RM200 juta bagi perbelanjaan modal tahun kewangan 2021 untuk mengembang dan meningkatkan kapasiti dan keupayaan kami,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat agung tahunan ke-38 syarikat itu, hari ini.

Pada masa depan, beliau berkata VS mahu mengekalkan standard kecemerlangan dalam operasinya dan berusaha bagi serahan berkualiti tinggi tepat pada masa kepada pelanggan.  

“Kami berusaha menambah baik prestasi dalam tahun kewangan fiskal baharu mencatatkan keuntungan bersih suku tahun terbaik yang pernah dicatatkan sebanyak RM66.7 juta dalam suku pertama 2021 dan disokong oleh pemulihan semula ekonomi global dan tempatan,” katanya. 

Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan kapasitinya, VS pada 14 Okt, 2020 memeterai Perjanjian Jual dan Beli dan Pembinaan dengan Ipark Development Sdn Bhd, anak syarikat AME Elite Consortium Berhad, untuk membeli 6 bidang tanah dengan bangunan industri di Senai, Johor, dengan jumlah bayaran RM98.8 juta.

Pembelian itu dijangka selesai pada 3 Jun, 2021.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In