• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Time Dotcom Selesai Beli 60 Peratus Kepentingan Dalam AVM Cloud

in Catalyst
A A
Untung Bersih Time Dotcom Merosot Kepada RM65.95 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Time dotCom Bhd selesai membeli 600,000 saham mewakili 60 peratus kepentingan dalam AVM Cloud Sdn Bhd daripada pemegang saham pengasas dengan nilai RM58.7 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya AVM Cloud juga telah selesai membeli 400,002 saham, atau kira-kira 40 peratus kepentingan ekuiti, dalam Integrated Global Solutions Sdn Bhd (IGS) daripada pemegang saham minoriti (pemegang saham tambahan) IGS dengan nilai RM5.1 juta.

“Sehubungan itu, dan tertakluk kepada selesai pembelian dalam AVM Cloud dan pembelian oleh AVM Cloud ke atas saham IGS, modal AVM Cloud akan meningkat dengan terbitan saham baharu kepada Time dotCom, pemegang saham pengasas dan pemegang saham tambahan, untuk jumlah harga langganan sebanyak RM7.5 juta,” katanya.

Time Dotcom berkata ia telah melanggan 60 peratus bahagian peningkatan modal tersebut.

Berdasarkan selesainya pembelian dalam AVM Cloud dan pembelian oleh AVM Cloud ke atas saham IGS, Time dotCom akan memiliki 60 peratus kepentingan dalam AVM Cloud, manakala pemegang saham pengasas dan pemegang saham tambahan secara kolektif akan memiliki 40 peratus kepentingan ekuiti.

Sementara itu, AVM Cloud akan mendapat 100 peratus kepentingan ekuiti dalam IGS, katanya.

AVM Cloud terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengkomputeran awan, perkhidmatan integrasi sistem serta jualan dan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat, manakala IGS terlibat dalam pemasaran perkakasan dan perisian komputer serta penyediaan perkhidmatan rundingan dan sokongan berkaitan program komputer.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In