fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Bimbang Mengenai Sekatan Pergerakan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, susut daripada kenaikan semalam berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan sekatan pergerakan di beberapa negeri yang menjejaskan sentimen pelabur, kata peniaga. 

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.46 mata kepada 1,597.49 selepas dibuka rendah satu mata kepada 1,601.95, daripada 1,602.95 semasa ditutup pada Khamis.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 238 berbanding 191, manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,351 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 255.42 juta unit bernilai RM149.35 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin berkata selepas Wall Street semalaman ditutup kukuh, pasaran serantau dijangka diniagakan tinggi hari ini berikutan dana asing masuk ke pasaran sedang pesat membangun.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI — yang menyaksikan sokongan belian yang kukuh semalam akan naik melepasi had 1,600 — akan terus meningkat, berpotensi menguji paras 1,610 hari ini, katanya.

“Bagaimanapun, pelabur masih bimbang mengenai pendirian kerajaan; berikutan kemungkinan sekatan pergerakan boleh mengekang kemajuan,” katanya dalam nota.

Sementara itu, memandangkan harga minyak mentah terus pulih dengan penanda aras minyak mentah Brent melebihi US$54 setong, saham minyak dan gas mungkin bersedia untuk minat dagangan, kata Yee.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan lapan sen kepada RM8.20, Public Bank merosot 14 sen kepada RM20.26, Tenaga dan IHH Healthcare, masing-masing susut 10 sen kepada RM10.42 dan RM5.60, Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM7.04, manakala Top Glove naik lapan sen kepada RM5.88.

Daripada saham cergas, DGB, Nexgram dan AT Systematization, masing-masing naik setengah sen kepada 28 sen, lima sen dan 18.5 sen, CHI merosot setengah sen kepada 12 sen, manakala PUC tidak berubah pada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 32.43 mata kepada 11,479.03, Indeks FBMT 100 merosot 36.21 mata kepada 11,225.03, FBM 70 berkurangan 38.26 mata kepada 14,518.17 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 8.79 mata kepada 12,919.09

Bagaimanapun, FBM ACE naik 13.04 mata kepada 10,554.01.

Sementara itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 87.54 mata kepada 14,880.45, Indeks Perladangan susut 44.29 mata kepada 7,375.75 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.03 mata kepada 171.84.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In