• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bintai Healthcare Dilantik Pengedar Eksklusif Kotak Rangkaian Sejuk Untuk Simpanan Vaksin

in Catalyst
A A
Rakan Kongsi Bintai, Generex Meterai Perjanjian Bagi Teknologi Platform Vaksin Li-Key
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Bintai Healthcare Sdn Bhd, anak syarikat Bintai Kinden Corporation Bhd, dilantik sebagai pengedar eksklusif kotak rangkaian sejuk Greenie Medi Cold Chain Box, yang direka untuk penyimpanan dan pengedaran vaksin COVID-19 di Asia Tenggara.

Bintai Healthcare hari ini memeterai perjanjian pengedaran dengan SLAB Asia Co Ltd untuk mengedarkan rangkaian penuh produk Greenie Medi Cold Chain Box di Malaysia, Brunei, Myanmar, Kemboja, Timor-Leste, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

“SLAB Asia merupakan salah satu pengeluar peralatan rantaian sejuk terkemuka di Korea Selatan dan mengendalikan satu-satunya makmal ujian persendirian diperakui ISTA 7D/7E  Korea yang menawarkan jaminan kualiti antarabangsa,” kata Bintai Kinden dalam satu kenyataan hari ini.

ISTA 7D/7E adalah piawaian ujian yang ditetapkan oleh Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubatan di bawah Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat bagi mengesahkan keserasian dan kecukupan untuk mengangkut produk gred perubatan.

Pengarah Urusan Bintai Kinden, Ong Choon Lui berkata Greenie Medi Cold Chain Box adalah penyelesaian yang ideal untuk mengedarkan ubat sensitif suhu, biologi dan vaksin dengan selamat kepada pengguna di Malaysia dan  juga negara-negara lain.

“Ini bagi menyokong inisiatif pengedaran vaksin kerajaan, melengkapkan infrastruktur rangkaian sejuk sedia ada dan menyediakan penyelesaian komprehensif bagi memenuhi keperluan kritikal pada masa-masa seperti ini selain menyokong keperluan pengedaran vaksin COVID-19,” katanya.  

Kotak ini direka secara eksklusif untuk mengangkut dan menyimpan produk perubatan pada suhu yang sangat rendah pada -70°C hingga 120 jam.

Perjanjian itu tidak dijangka membawa sebarang kesan ketara terhadap modal saham terbitan dan berbayar Bintai Kinden tetapi memberi sumbangan positif terhadap pendapatan masa depan kumpulan.

— BERNAMA

Share320ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In