OpenSys (M) Berhad merupakan sebuah syarikat yang menawarkan penyelesaian kepada industri perkhidmatan kewangan dalam bidang mesin layan diri dan sistem penyampaian sejagat dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT). Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti integrasi sistem, pengurusan projek, pembangunan perisian, perkhidmatan sokongan dan latihan, dan untuk mengembangkan, memasang, mengubah, menyelenggara, memperbaiki atau menangani semua jenis komputer, mesin layan diri, penyelesaian dan penyediaan aplikasi perisian perkhidmatan yang berkaitan.
Segmen syarikat merangkumi Mesin Perkhidmatan Cekap (ESM) dan Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian (SSS). Segmen ESM-nya terlibat dalam pembelian, pembuatan dan pengedaran mesin ESM. Segmen SSS terlibat dalam penjualan perisian pelesenan dan penyewaan mesin ESM.
CANSLIM merupakan satu kaedah yang dapat membantu pelabur membuat pemilihan saham dengan menggabungkan kajian fundamental dan teknikal. Oleh itu, mari kita membuat kajian ke atas syarikat OpenSys ini dengan menggunakan kaeadah CANSLIM.
C: Current Earnings

Sumber: malaysiastock.biz
Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahunan terkini.


Hasil Kajian Pendapatan Suku Tahunan Terkini untuk Opensys:
1. Syarikat menjana keuntungan selama lapan tahun berturut-turut dan tidak pernah mengalami kerugian sepanjang syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia. Keuntungan bersih yang tertinggi dicatatkan oleh OpenSys adalah pada pada 4 Disember 2019 iaitu sebanyak RM5 juta.
2. Bagi tempoh tiga suku terakhir tahun 2020, prestasi suku ke suku tahunan Opensys pula meningkat berbanding suku sebelumnya. Untuk tempoh tiga suku tahunan terkini untuk tahun 2020, prestasi pendapatan syarikat meningkat berbanding sebelumnya.
3. Jika kita perhatikan prestatsi pendapatan Opensys ketika krisis pandemik Covid-19 ini terjadi, syarikat masih mampu menjana keuntungan secara konsisten. .
A: Annual Earnings

Mengikut kriteria Annual earnings’ pula, syarikat yang baik adalah syarikat yang mempunyai peningkatan pendapatanyang konsiten untuk tempoh lima tahun yang terkini. Jika kita lihat carta di atas, OpenSys telah membuat keuntungan bermula dari tahun 2016 sehingga tahun 2019 dengan konsisten. Pendapatan untuk tahun 2020 dilihat sedikit merosot tetapi margin keuntungan syarikat telah meningkat sehingga akhir tahun 2020.
Untuk tahun semasa sehingga kini, pendapatan syarikat merossot sebanyak 2.4% kepada RM61.177 juta berbanding RM62.713 juta untuk tahun sebelumnya. Kemerosotan ini disebabkan oleh pendapatan yang lebih rendah daripada segmen perkakasan. Kekurangan ini telah diimbangi dengan pertumbuhan segmen perkhidmatan yang lebih tinggi. Walaupun memperoleh pendapatan yang lebih rendah, OpenSys telah berjaya merekodkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 21.6% kepada RM10.133 juta berbanding RM8.336 juta untuk tahun sebelumnya.
PBT yang tinggi ini disumbangkan daripada margin kasar Windows 10 yang lebih baik dan peningkatan platform daripada segmen perkakasan.
N: New Products, Management, Events, Information

Catalyst terkini mengenai OpenSys adalah lembaga pengarah syarikat mengumumkan bahawa OpenSys Technologies Sdn Berhad (OTSB) yang merupakan anak syarikat kepada OpenSys Berhad telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Solarvest Energy Sdn Berhad (SOLARVEST), di mana OTSB akan memberikan rujukan penyelesaian solar kepada Solarvest melalui platform buySOLAR Marketplace .
Apakah kesan kepada pemegang saham pula?
Kumpulan Opensys mendapat sokongan kuat daripada jerung-jerung kerana terdapat beberapa institusi tempatan dan luar negara yang memegang saham utama syarikat.
Syarikat Solarvest merupakan syarikat ‘leader’ dalam sektor tenaga solar dan merupakan pilihan para pelabur . Dengan kolaborasi di antara dua syarikat ini, pelabur mempunyai keyakinan bahawa syarikat Opensys mampu berkembang lebih tinggi lagi untuk masa akan datang.
Pada 2 November 2020, pemegang saham syarikat iaitu Mr Brahmal Vasudevan telah membeli saham syarikat sebanyak 525,000 unit dan telah menjual kembali pada tarikh 10 Desember 2020 sebanyak 13,133,500 unit. Hal ini kemungkinan disebabkan pemegang saham syarikat sudah pun membuat keuntungan yang banyak dalam syarikat ini.
S: Supply and Demand
Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin banyak permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham berkenaan akan meningkat
Sekiranya terdapat pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.
Saham yang ringan atau limited edition akan menyebabkan kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.

Gambar di atas menunjukkan bilangan saham OpenSys yang diapungkan iaitu sebanyak 446.84 juta unit dan jumlah tersebut dianggap sedikit menjadikan saham ini sebagai limited edition. Jika dibandingkan dengan syarikat perisian yang lain seperti Iris (3.041 bilion) dan juga Vivocom (572.26 juta),bilangan saham yang diapungkan oleh OpenSys adalah sedikit.
Sekiranya terdapat Catalyst yang baik mengenai OpenSys atau mengenai sektor teknologi yang berkaitan dengan perisian, sudah pasti harga saham OpenSys akan naik dengan mudah.
L: Leader and Laggard
‘Leader’ adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor.

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: tradingview.com
Kaedah yang lebih terperinci adalah dengan membuat perbandingan modal pasaran sesebuah syarikat itu dengan pesaingnya yang lain. Adakah OpenSys merupakan laggard kepada sektor teknologi?
Daripada segi modal pasaran, jika dibandingkan Opensys dengan IFCAMS dan Omesti, modal pasaran Opensys adalah lebih rendah . Oleh itu, kita boleh kategorikan saham Opensys sebagai laggard bagi subsektor software berbanding saham-saham lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Salah satu cara yang lain untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah “leader” atau “laggard”, adalah dengan membandingkan pergerakan saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.
I: Institutional Sponsorship
Institutional Sponsorship bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.
Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Sumber: Bursa market place
Hasil Kajian Institutional Sponsorship OpenSys:
1. Dalam senarai top 10 pemegang saham utama OpenSys, 2 daripadanya adalah insider Malaysia.
2. Pemegang saham terbesar di dalam OpenSys adalah Tan (Kee C Hung).
M: Market Direction
Market Direction pula adalah untuk kita melihat arah tuju sesuatu saham berkenaan. Sudah tentunya kita digalakkan untuk membeli saham-saham yang sedang membuat Uptrend. Ianya boleh dilihat pada purata harga harian saham (Moving Average) atau dengan menentukan fasa saham syarikat berdasarkan carta dan kajian teknikal.

Setelah sekian lama OpenSys berada dalam fasa sideways, pada tahun 2020 saham OpenSys mula membuat aliran menaik.

Opensys membentuk ascending triangle dan cuba mencecah paras sekitar RM0.670 untuk beberapa kali tetapi gagal. Paras RM0.67 adalah sama dengan paras RM1.00 sebelum split yang berlaku pada 13 Oktober 2020. Paras RM0.69 pula merupakan resistance yang kuat di dalam Gann Square. Secara asasnya OpenSys telah merekodkan keuntungan untuk dua suku tahunan secara berturut-turut sebanyak 12.8%.
Daripada segi teknikalnya pula, OpenSys dilihat sedang cuba memecahkan ascensing triangle dan sedang . menunggu volume yang besar untuk masuk dan harga dijangka akan terus spike.
Sekarang kita pergi pula ke soalan yang paling diminati ramai. Boleh ke beli saham OpenSys ini?
Sekiranya kita seorang pelabur jangka masa panjang , OpenSys sesuai sangat untuk diperhatikan.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)