fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berbeza dengan pasaran serantau berikutan selera risiko pasaran telah dijejaskan oleh kebimbangan semula ke atas kemungkinan sekatan pergerakan di beberapa negeri dan ketidaktentuan yang melanda landskap politik tempatan.

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.52 mata kepada 1,582.45 selepas dibuka 2.44 mata lebih rendah kepada 1,589.53, berbanding paras penutupan 1,591.97 semalam.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 363 kepada 149 manakala 1,305 kaunter tidak berubah, 266 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 859.88 juta unit bernilai RM358.78 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin berkata FBM KLCI yang dijual lebih banyak semalam mungkin berdepan laluan mencabar pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan sedikit aktiviti belian saham berharga rendah akan berlaku. Justeru, kami meramalkan indeks untuk berada dalam jajaran 1,585 hingga 1,600 hari ini,” katanya dalam nota hari ini.

Sementara itu, niaga hadapan minyak sawit mentah telah mencapai paras RM4,000 satu tan, manakala minyak mentah penanda aras Brent ditutup tinggi pada US$54.30 setong susulan penurunan bekalan. 

Di pasaran tempatan, saham berwajaran tinggi seperti Maybank jatuh empat sen kepada RM8.20, Public Bank susut 20 sen kepada RM20.14, Tenaga turun 16 sen kepada RM10.26, Petronas Chemicals jatuh dua sen kepada RM7.08 dan Top Glove susut tiga sen kepada RM5.73.

Bagaimanapun, IHH Healthcare menokok lapan sen kepada RM5.63.

Dalam kalangan saham aktif, Advance Synergy jatuh satu sen kepada 17 sen, manakala Vortex, Ageson, Iris dan Talam masing-masing tidak berubah pada enam sen, 13 sen, 37 sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 76.08 mata kepada 11,403.41, Indeks FBMT 100 jatuh  78.64 mata kepada 11,145.15, FBM 70 susut 147.71 mata kepada 14,515.72, Indeks FBM Emas Shariah susut 61.79  mata kepada 12,786.63 dan FBM ACE jatuh 29.72 mata kepada 10,535.56.

Sementara itu, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.66 mata kepada 171.91, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 119.16 mata kepada 14,851.21, manakala Indeks Perladangan meningkat 3.05 mata kepada  7,350.22.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In