Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar buat semua orang disebabkan pandemik Covid-19. Setakat 3 Januari 2021, sebanyak 83.32 juta kes telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1.83 juta kes kematian telah dilaporkan. Ekonomi dunia turut merosot kerana kebanyakan negara terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk menghadapi pandemik ini.
Kegawatan ekonomi ini telah menyebabkan pasaran saham turut terkena tempiasnya kerana emosi pelabur yang mengambil langkah berhati-hati. Mari kita lihat apa yang terjadi pada pasaran saham Malaysia sepanjang tahun 2020. Kita akan melihat kepada carta FBM KLCI kerana FBM KLCI digunakan sebagai penanda aras bagi menggambarkan keadaan pasaran saham Malaysia.
FBM KLCI pada 2 Januari 2020 adalah pada paras 1,602.50 mata dan setelah naik dan turun sepanjang tahun, FBM KLCI ditutup pada 1627.21 mata. Ianya merupakan kenaikan yang sedikit iaitu hanya sebanyak 24.71 mata bagi tahun 2020. Daripada lebih 900 saham di Bursa Malaysia, banyak syarikat yang mengalami kenaikan dan juga penurunan. Ada juga saham yang pada awal tahun 2020 hanyalah penny stock, tapi di penghujung tahun 2020 harga saham tersebut dianggap saham dengan harga kayangan.
Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2020 adalah seperti berikut:
1. Euro Holdings Berhad (EURO) (7208)
Sejarah Euro Holdings Berhad bermula pada tahun 1976 sebagai sebuah perniagaan kecil yang hanya mempunyai 3 orang pekerja. Pada awal penubuhan Euro hanya menghasilkan sofa dan kusyen. Kini Euro telah berjaya berkembang ke pasaran global dan menjadi pengeluar perabot pejabat yang terkemuka. Euro mempunyai tiga kilang yang terletak di Rawang. Euro disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2005.
Kenaikan Harga Saham Syarikat Berkaitan Kayu Juga Disebabkan Kenaikan Harga Komoditi Kayu Pada Tahun 2020
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham Euro
2. Careplus Group Berhad (CAREPLS) (0163)
Careplus diperbadankan di Malaysia pada 30 Mac 2010 sebagai sebuah syarikat berhad persendirian dengan nama Careplus Group Sdn. Bhd. Syarikat ini pada dasarnya adalah syarikat pemegangan pelaburan sementara anak syarikatnya pula terlibat dalam pembuatan, pemprosesan dan penjualan sarung tangan. Careplus Group Berhad disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia pada 6 Disember 2010.
Careplus telah berkecimpung dalam perniagaan sarung tangan getah selama lebih daripada 30 tahun dan kini terus berkembang untuk memenuhi permintaan sarung tangan yang semakin meningkat.
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham Careplus
3. Gets Global Berhad (GETS) (5079)
Gets Global Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang telah tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 2002. Segmen perniagaan GETS merangkumi perniagaan berkaitan pengangkutan dan terbaharu adalah pembuatan sarung tangan. Anak syarikat GETS iaitu Onetex sedang dalam fasa menyiapkan 12 barisan pengeluaran di fasilitinya di Kamunting, Taiping yang mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sebanyak 4.665 bilion unit sarung tangan setahun.
Catalyst Sepanjang Tahun 2020
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham GETS
4. Solution Group Berhad (SOLUTN) (0093)
Solution Group Berhad adalah sebuah syarikat teknologi yang disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia sejak tahun 2005. Solution Group Berhad fokus dalam dua teras perniagaannya iaitu kejuruteraan dan juga penjagaan kesihatan. Solutn melalui anak syarikatnya Solution Biologics Sdn Bhd (SolBio) telah memeterai perjanjian dengan CanSino Biologics Inc untuk sebuah kerjasama dalam penghasilan dan pemasaran vaksin Covid-19.
Catalyst Sepanjang Tahun 2020 Saham Solutn
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham Solutn
5. Supermax Corporation Berhad (SUPERMX) (7106)
Supermax Corporation Berhad adalah sebuah syarikat terkemuka dunia yang mengeluarkan sarung tangan latex dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Kini, Supermax mengeksport sarung tangan ke lebih daripada 160 buah negara. Kumpulan syarikat Supermax mampu menghasilkan 24 bilion unit sarung tangan setiap tahun dan memenuhi sehingga 12% permintaan seluruh dunia bagi sarung tangan latex.
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham Supermax
6. Hong Seng Consolidated Berhad (HONGSENG) (0041)
Hong Seng Consolidated Berhad (“Hong Seng”) sebelum ini dikenali sebagai MSCM Holdings Berhad. Syarikat telah mempelbagaikan beberapa cabang perniagaan baru dengan menjadi pengeluar sarung tangan, pengedar bekalan perubatan dan kesihatan, penyedia perkhidmatan kewangan kemudahan pinjaman wang dan penyedia perkhidmatan carian dan pengiklanan.
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham Hongseng
7. Rubberex Corporation Berhad (RUBEREX) (7803)
Sejak tahun 1987, Ruberex adalah pemain global terkemuka dalam getah asli, getah sintetik dan sarung tangan nitril untuk kegunaan di rumah, industri, profesional dan pemprosesan makanan. Kilang Ruberex terletak di Ipoh dengan tanah seluas 140,000 meter per segi. Ruberex adalah antara syarikat pengeluar sarung tangan yang mendapat minat belian di awal pandemik tahun lepas lalu menyebabkan peningkatan harga saham yang mendadak.
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham Ruberex
8. Ancom Logistics Berhad (ANCOMLB) (0048)
Ancom Logistics Berhad (“Ancom Logistics”) diperbadankan di Malaysia pada 14 April 1966 sebagai sebuah syarikat berhad swasta dengan nama Tamco Electrical Engineering Company (Malaysia) Limited. Ia telah menjadi syarikat awam dan menukar namanya kepada Tamco Corporate Holdings Berhad (“Tamco”) pada 15 Januari 2003 dan disenaraikan di Pasaran MESDAQ Bursa Malaysia Securities Berhad pada 6 Julai 2004. Ancomlb merupakan syarikat yang berada di dalam sektor pengangkutan dan logistik.
Pada masa ini, Ancom Logistics pada dasarnya adalah syarikat pemegangan pelaburan. Ia memegang keseluruhan kepentingan ekuiti dalam STL, yang seterusnya memegang keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Pengangkutan Cogent Sdn Bhd. Syarikat ini pula terlibat dalam pengangkutan perniagaan cecair kimia di Malaysia dan Singapura; dan 51% kepentingan ekuiti dalam Ancom ChemQuest Terminals Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam pembinaan, pemilikan, operasi, pajakan dan pengurusan ladang tangki kimia di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
Catalyst
Kenaikan mendadak harga saham Ancom Logistics adalah berpunca daripada berita syarikat tersebut mengambil alih syarikat S5 Holdings di mana syarikat ini merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penyelesaian kepada servis elektronik kerajaan.
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham Ancomlb
9. MQ Technology Berhad (MQTECH) (0070)
MQ Tech diperbadankan di Malaysia pada 2 Disember 2003 sebagai sebuah syarikat berhad persendirian dengan nama MQ Technology Sdn Bhd. Pada 13 Februari 2004, ianya telah menjadi syarikat berhad dengan menggunakan nama MQ Technology Berhad. Pada hari ini, MQ Tech adalah syarikat induk pelaburan dengan anak syarikatnya menyediakan pembuatan acuan berketepatan tinggi dan bertaraf dunia dan gegelung magnetik untuk pemacu cakera keras.
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham MQTECH
10. Meridian Berhad (MERIDIAN) (5040)
Meridian Berhad adalah sebuah syarikat dalam sektor hartanah yang mendapat aspirasi daripada projek MTC (Malaysia Tourism City). Kebanyakan projeknya terdiri daripada projek perumahan, kondominium dan kompleks membeli belah. Di antara projek Meridian yang telah siap adalah:
Carta Sepanjang Tahun 2020 Saham Meridian
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards