• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini sejajar dengan bursa serantau, didorong oleh sentimen pasaran yang berhati-hati, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.32 mata kepada 1,596.03, selepas turun naik antara 1,591.36 dan 1,610.78 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 683 berbanding 334, manakala 431 kaunter tidak berubah, 634 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.88 bilion unit bernilai RM2.2 bilion.

Peniaga berkata pasaran saham Asia diniagakan secara berhati-hati menjelang pilihan raya senat Georgia apabila keputusannya akan menentukan kawalan Senat Amerika Syarikat.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun susut 0.38 peratus kepada 27,054.65, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.87 peratus kepada 27,410.55 dan Indeks Straits Times Singapura berkurangan 0.21 peratus kepada 2,853.65.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan lapan sen kepada RM8.23, Public Bank susut 18 sen kepada RM20.44, Tenaga merosot 20 sen kepada RM10.34, IHH Healthcare turun lima sen kepada RM5.60 dan Top Glove susut satu sen kepada RM5.71.

Sementara itu, Petronas Chemicals menokok lima sen kepada RM7.15.

Daripada saham cergas, Iris berkurangan 3.5 sen kepada 39 sen, Yong Tai susut 2.5 sen kepada 29.5 sen dan BCM merosot 1.5 sen kepada 30.5 sen.

Selain itu, Vortex menambah 1.5 sen kepada 6.5 sen, DGB naik tiga sen kepada 30 sen dan Inix meningkat 2.5 sen kepada 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 82.55 mata kepada 11,536.84, Indeks FBMT 100 berkurangan 85.21 mata kepada 11,272.78, FBM 70 merosot 104.71 mata kepada 14,806.73, Indeks FBM Emas Shariah turun 65.55 mata kepada 12,909.2 dan FBM ACE susut 116.43 mata kepada 10,700.66.

Sementara itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 180.53 mata kepada 15,023.63, Indeks Perladangan berkurangan 7.51 mata kepada 7,347.15 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.08 mata kepada 174.37.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In