Jika kita perasan ketika awal pandemik melanda, saham-saham di dalam sektor kesihatan terutamanya yang terlibat dalam pembuatan sarung tangan berada di dalam fasa bullish. Contohnya saham Careplus yang asalnya hanya berharga RM0.13, kemudiannya naik sehingga RM4.00 seunit. Kini saham-saham yang terlibat dilihat dalam sektor sarung tangan seolah-olah memberi giliran kepada saham-saham yang berkaitan vaksin pula untuk menyinar di pasaran saham.
Sama seperti Careplus, saham syarikat Bintai Kinden Corporation juga mengalami kenaikan harga yang luar biasa ketika sektor vaksin ini sedang hangat. Keadaan ini berlaku kerana pelabur cuba mengambil peluang dengan perubahan ekonomi semasa dan meraih keuntungan dalam pelaburan saham berdasarkan perkembangan semasa pasaran.
Kita boleh mencari sebab-sebab kenapa kaunter seperti Bintai ini membuat kenaikan yang luar biasa.

Berita yang di highlightkan menyebabkan kaunter Bintai membuat kenaikan harga. Sumber: KLSE Screener
Berdasarkan berita ini, Bintai telah mendapat lesen untuk membawa masuk vaksin Covid-19 ke dalam Malaysia. Inilah yang kita katakan sebagai catalyst atau sentimen postif. Dan kalau kita tengok, apakah yang menyebabkan harga saham Bintai mencecah paras RM0.94? Pada harga ini Bintai boleh membuat breakout AllTime High.
Jika Bintai berjaya mencapai harga RM0.94, Bintai akan terbang dan akan terus membuat kenaikan harga. Akan tetapi Bintai gagal memecahkan resistance RM0.94 ini dan kembali jatuh. Setelah dua kali percubaan untuk memecah paras ini pada Ogos dan September yang lalu, akhirnya pecah juga resistance ini pada 3 Disember 2020 dengan membentuk Marubozu disertai volume yang tinggi.
Jika kita perhatikan harga saham Bintai ini, harganya naik dengan drastik sehingga ke paras RM1.39 sebelum harganya jatuh ke harga terkini di sekitar RM0.725 sesaham. Kejatuhan yang mendadak ini adalah disebabkan kenaikan harga saham secara parabolik yang tidak sihat.
Bagaimana kita hendak mengenal pasti kenaikan yang tidak sihat dan apakah implikasinya terhadap pasaran saham?

Sumber: Trading View
Sebab itu sebagai pelabur, kita perlu mahir dalam ilmu teknikal analisis ini, kaunter seperti Bintai yang membuat kenaikan yang tidak sihat akan jatuh dengan sangat drastik pada hari-hari berikutnya. Kenaikan yang tidak sihat ini bermaksud kenaikan secara parabolik. Mari kita lihat satu contoh kaunter seperti kaunter Gpacket dan Notion Vtec dibawah. Sebelum itu, kaunter ini untuk sebagai contoh dan kaunter ini adalah tidak shariah.

Chart menunjukkan kaunter GPacket membuat kenaikan yang tidak sihat
Carta di atas menunjukan kaunter GPacket membuat kenaikan dan penurunan yang sangat drastik. Kenaikan dan kejatuhan harga saham adalah sama banyak jika kita perhatikan secara kasar. Ini;ah yang dinamakan kenaikan yang tidak sihat.
Satu lagi contoh kaunter yang membuat kenaikan tidak adalah Notion.

Contoh kaunter Notion yang juga membuat kenaikan yang tidak sihat
Harga saham naik banyak dalam masa beberapa hari, kemudian ianya jatuh banyak juga dalam masa beberapa hari.
Oleh itu sebagai seorang pelabur yang bijak, kita perlu mempunyai kemahiran untuk memasuki kaunter-kaunter yang membuat kenaikan yang tidak sihat ini. Jika kita tidak mempunyai tahap penerimaan risiko tinggi, sebaiknya kita elakkan daripada kaunter yang membuat kenaikan parabolik ini.
Kerana sebanyak mana harga saham naik, sebanyak itu jugalah kejatuhan harga yang bakal dibuat.

Kaunter Scientx yang membuat kenaikan yang sihat. Sumber: Trading View
Bagaimana untuk kita mengenalpasti sesuatu kaunter itu membuat kenaikan yang sihat? Kenaikan yang sihat adalah apabila candlestick merah dan candle stick hijau berada dalam keadaan selang-seli dan carta menunjukkan pergerakan harga saham yang zig-zag. Untuk kaunter yang membuat kenaikan begini bolehlah kita rasa bertenang apabila harga saham membentuk Higher High dan Higher Low.
Selagi support tak pecah, selagi itu kita boleh ‘ride the trend until it bends’.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)