fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia secara keseluruhannya rendah pada awal dagangan hari ini berikutan tekanan jualan berterusan semalam dalam sentimen pasaran yang lemah, kata peniaga.

Pada 9.23 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.53 mata kepada 1,599.04 selepas dibuka setengah mata lebih tinggi pada 1,603.07 berbanding 1,602.57 ketika ditutup pada Isnin.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 445 berbanding 211 manakala 993 kaunter tidak berubah, 433 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.17 juta unit bernilai RM571.48 juta.

Dalam pada itu, Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin menjangkakan FBM KLCI kekal tidak menentu yang dijejaskan oleh ketidaktentuan ketara membabitkan kaunter sarung tangan.

“Oleh itu, indeks utama itu berkemungkinan bergerak dalam jajaran sekitar 1,590 hingga 1,600 hari ini dengan 1,590 menjadi paras sokongan terdekat,” katanya.

Namun, bagi nota lebih positif, ringgit kini berada di paras mengukuh untuk minggu ke-52 berbanding dolar AS sekitar RM4.00/US$1, katanya.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan ringgit akan terus mengukuh sekitar 3.80 tahun ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank rendah dua sen kepada RM8.33, Public Bank turun empat sen kepada RM20.48, Petronas Chemicals jatuh sembilan sen kepada RM7.12 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.52.

Tenaga menokok dua sen kepada RM10.48 dan Top Glove pula naik lapan sen kepada RM5.58.

Bagi saham aktif, BCM untung satu sen kepada 37 sen, DGB naik setengah sen kepada 27.5 sen, Techna-X menambah 1.5 sen kepada 16 sen namun Niche susut satu sen kepada 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 41.19 mata kepada 11,565.27, Indeks FBMT 100 susut 41.88 mata kepada 11,302.28, FBM 70 turun 121 mata kepada 14,877.54, Indeks Syariah FBM Emas merosot 37.11 mata kepada 12,906.29 manakala FBM ACE naik 18.52 mata kepada 10,753.21.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri berkurangan 1.06 mata kepada 174.39, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 63.48 mata kepada 15,178.43 manakala Indeks Perladangan berkurangan 5.52 mata kepada 7,323.98.

— BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In