• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia terus mencatatkan aliran penurunan dengan rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, berikutan indeks utamanya dipengaruhi oleh jualan dalam saham wajaran tinggi, didahului oleh kaunter sarung tangan getah.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 26.56 mata kepada 1,600.65, selepas berada antara 1,593.12 dan 1,629.01 sepanjang sesi.   

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 990 berbanding 274, manakala 276 kaunter tidak berubah, 542 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.49 bilion unit bernilai RM3.65 bilion.

Peniaga berkata perkembangan positif mengenai vaksin COVID-19, yang dijadualkan pada suku pertama 2021 mendorong pelabur untuk mengurangkan pegangan mereka dalam saham sarung tangan getah.

Hartalega susut RM1.66 kepada RM10.48, Top Glove merosot 66 sen kepada RM5.46 dan Supermax berkurangan 47 sen kepada RM5.54.

Saham ini merupakan kaunter paling rugi antara 30 konstituen indeks di Bursa Malaysia, menyebabkan indeks komposit merosot dengan gabungan 23.73 mata.

Bagi saham wajaran tinggi lain, Maybank susut 11 sen kepada RM8.35, Public Bank merosot 12 sen kepada RM20.48 dan Petronas Chemicals berkurangan 13 sen kepada RM7.30.

Bagaimanapun, Tenaga meningkat lapan sen kepada RM10.50 dan IHH Healthcare naik enam sen kepada RM5.56.

Dalam kalangan saham cergas, Sapura Energy dan AT Systematization, masing-masing susut setengah sen kepada 12 sen dan 18 sen, Dynaciate menambah satu sen kepada 14 sen, Niche naik dua sen kepada 26 sen, manakala Borneo Oil tidak berubah pada empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 188.47 mata kepada 11,473.46, Indeks FBMT 100 berkurangan 186.34 mata kepada 11,315.65, Indeks FBM Emas Shariah merosot 255.63 mata kepada 12,903.52, FBM 70 susut 239.93 mata kepada 14,902.9, dan FBM ACE turun 38.41 mata kepada 10,696.28.    

Indeks Perladangan menambah 8.17 mata kepada 7,311.01, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 107.6 mata kepada 15,208.94 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 2.62 mata kepada 175.49.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In