• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia menutup hari dagangan pertama 2021 pada nota yang lebih lemah, dengan indeks utama bergelut untuk kekal melebihi paras 1,600. 

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 24.64 mata untuk tamat pada 1,602.57, diseret turun oleh saham-saham wajaran tinggi yang diterajui oleh kaunter-kaunter pengeluar sarung tangan. 

Indeks bergerak antara 1,593.12 dan 1,629.17 sepanjang hari ini. 

Kelebaran pasaran secara keseluruhan adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 933 berbanding 359, manakala 333 kaunter tidak berubah, 457 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menokok kepada 7.42 bilion saham unit bernilai RM5.89 bilion daripada 5.51 bilion unit bernilai RM3.11 bilion yang direkodkan semasa Khamis lepas. 

Bursa Malaysia ditutup pada Jumaat minggu lalu sempena cuti Hari Tahun Baru.   

Menurut seorang peniaga, perkembangan positif mengenai vaksin COVID-19 yang dijangka selesai menjelang suku pertama 2021, mendorong pelabur untuk melepaskan pegangan mereka ke atas saham sarung tangan getah. 

Beliau berkata pengurangan itu juga dibuat berdasarkan keputusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia Bhd untuk mengangkat sementara penggantungan jualan singkat yang dikawal selia, yang menjadikan kaunter pengeluar sarung tangan antara saham yang disasarkan.

Hartalega jatuh RM1.66 kepada RM10.48, Top Glove merosot 62 sen kepada RM5.50 dan Supermax susut 50 sen kepada RM5.51. 

Saham-saham ini mencatatkan kerugian tertinggi di kalangan juzuk 30 indeks di Bursa Malaysia, mengheret indeks komposit turun sebanyak 23.26 mata.

Bagi saham wajaran tinggi yang lain, Maybank jatuh 11 sen kepada RM8.35, Public Bank adalah lebih rendah sebanyak lapan sen kepada RM20.52 dan Petronas Chemicals menurun sejumlah 22 sen kepada RM7.21. 

Bagaimanapun, Tenaga naik empat sen kepada RM10.46 dan IHH Healthcare meraih dua sen kepada RM5.52.

Antara yang aktif, Dynaciate menambah satu sen kepada 14 sen, Niche menokok empat sen kepada 28 sen, manakala Sapura Energy dan AT Systematization masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen dan 18.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas adalah 152.47 mata lebih rendah pada 11,606.46, Indeks FBMT 100 menguncup 157.83 mata kepada 11,344.16, Indeks FBM Emas Syariah hilang 215.75 mata kepada 12,943.4, dan FBM 70 melemah sebanyak 144.3 mata kepada 14,998.54. 

Sementara itu, FBM ACE melonjak sebanyak 58.64 mata kepada 10,793.34.    

Indeks Perladangan meningkat 26.66 mata kepada 7,329.5, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan rugi 74.64 mata kepada 15,241.91, manakala Indeks Perkhidmatan dan Produk Perindustrian susut 2.66 mata kepada 175.45. 

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 4.72 bilion saham bernilai RM5.18 bilion berbanding 3.27 bilion saham yang dicatatkan semasa Khamis lepas yang  bernilai RM2.47 bilion. 

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 568.69 juta unit bernilai RM79.52 juta daripada 295.04 juta unit bernilai RM50.30 juta. 

Pasaran ACE merekodkan pengurangan jumlah dagangan kepada 2.13 bilion saham bernilai RM627.76 juta daripada 1.94 bilion saham bernilai RM588.22 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 832.59 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, perkhidmatan dan produk perindustrian (1.21 bilion), pembinaan (356.71 juta), teknologi (254.63 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (55.26 juta), hartanah (374.72 juta), perladangan (70.88 juta), REIT (374.72 juta), dana tertutup (100), tenaga (765.7 juta), penjagaan kesihatan (508.8 juta), telekomunikasi dan media (94.47 juta), pengangkutan dan logistik (111.43 juta) serta utiliti (65.65 juta).

— BERNAMA 

Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In