• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

FCPO (Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah) Membuat Kenaikan Tertinggi Bagi Tempoh 8 Tahun Terkini, 3 Saham Yang Boleh Kita Perhatikan

in Trading Idea
A A
FCPO (Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah) Membuat Kenaikan Tertinggi Bagi Tempoh 8 Tahun Terkini, 3 Saham Yang Boleh Kita Perhatikan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

CGS-CIMB telah menjangkakan harga niaga hadapan minyak kelapa sawit (FCPO) akan meningkat lebih tinggi daripada RM2,500 per tan disokong dengan harga terkini yang sedang mencecah sekitar RM3,500 per tan. Harga untuk minyak sawit fizikal yang siap diproses pula dijangkakan setinggi RM3,124.5 ke RM3,332.8 per tan.

This image has an empty alt attribute; its file name is FCPO-pic-1-1024x263.png
Sumber: The Egde Markets

Berdasarkan carta FCPO, harga FCPO telah membuat breakout pada 27 Disember 2020 dan tutup pada harga RM3,535 dan meneruskan kenaikan pada pembukaan pasaran pada 28 Disember 2020.

Sumber: Trading View

Harga kini berada di dalam fasa uptrend yang sihat dan dilihat mempunyai potensi untuk mengekalkan kenaikan. Mari kita lihat saham-saham yang berkaitan dengan kelapa sawit yang boleh kita perhatikan.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1. Jaya Tiasa Holdings Berhad (JTIASA) (4383)

Jaya Tiasa Holdings Berhad merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan, pengekstrakan dan penjualan kayu balak. Dan melalui anak syarikatnya, JTIASA terlibat dalam pemprosesan dan pembangunan industri kelapa sawit. Syarikat ini mengekport produk mereka ke Asia Pasifik, Timur Tengah, Eropah dan juga Amerika Latin.

Carta saham menunjukkan kaunter JTIASA sedang membuat fasa kenaikan. Pada 23 Disember 2020, candlestick reversal candle piercing line terbentuk yang memberi isyarat tentang potensi kenaikan harga untuk kaunter ini. Garisan rintangan yang kuat adalah sekitar RM0.965.

Harga kaunter mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi jika harga JTIASA berjaya memecahkan garisan rintangan ini dengan minat belian yang terterusan.

2. Rimbunan Sawit Berhad (RSAWIT) (5113)

Rimbunan Sawit Berhad mempunyai ladang kelapa sawit seluas 93,500 hektar di Miri, Kuching dan Sibu, Sarawak. Syarikat ini memproses kira-kira lebih 40,740 tan metrik minyak kelapa sawit mentah (CPO) dan 9,210 tan metrik untuk kernel sawit (PK). Harga terkini saham RSAWIT adalah sekitar RM0.285 seunit.

Kaunter RSAWIT dilihat membuat fasa distribution sejak bulan Jun 2020 sehingga ke hari ini. Garisan rintangan terdekat adalah pada paras RM0.295 dan rintangan seterusnnya adalah sekitar RM0.310. Fasa rintangan ini adalah fasa di mana harga boleh membuat kenaikan atau kejatuhan.

Dengan melihat kepada catalyst semasa, harga saham RSAWIT berpotensi untuk naik lebih tinggi jika berjaya memecahkan garisan rintangan terdekatnya dan disokong dengan minat belian yang berterusan.

3. FGV Holding Berhad (FGV) (5222)

FGV Holding Berhad yang dulu dikenali sebagai Felda Global Venture Holdings Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam penghasilan minyak kelapa sawit yang terkemuka di Malaysia. FGV juga terlibat dalam pembuatan biodiesel daripada kelapa sawit. Harga terkini FGV adalah sekitar RM1.30 seunit.

Kaunter FGV juga sedang berada di dalam fasa distribution sejak Julai 2020. Namun kaunter ini telah membuat Gap Up pada 23 Disember 2020 dan meneruskan kenaikan sehingga hari ini. Rintangan yang terdekat adalah sekitar RM1.310 dan jika harga saham berjaya menembusi garisan rintangan ini, harga saham mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi lagi jika disokong dengan minat belian yang berterusan.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share474ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In