KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan semasa mengakhiri sesi pagi ini, berikutan indeks utamanya dipengaruhi oleh aktiviti jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului oleh Sime Darby Plantation dan Press Metal Aluminium.
Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.04 mata kepada 1,635.37, selepas berada antara 1,633.30 dan 1,644.26 sepanjang sesi.
Indeks dibuka rendah 0.15 mata kepada 1,644.26, daripada 1,644.41 semasa ditutup pada Rabu.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 560 berbanding 402, manakala 484 kaunter tidak berubah, 675 tidak diniagakan dan 56 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 2.98 bilion unit bernilai RM1.49 bilion.
Sime Darby Plantation merosot 17 sen atau 3.29 peratus kepada RM5 selepas Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas produknya berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluarannya.
Sementara itu, Press Metal susut 16 sen kepada RM8.34, Top Glove merosot tujuh sen kepada RM6.05, manakala Maybank, IHH Healthcare dan CIMB, masing-masing berkurangan lima sen kepada RM8.52, RM5.66 dan RM4.33.
Public Bank naik lapan sen kepada RM20.78, Petronas Gas tidak berubah pada RM17.34, TNB merosot dua sen kepada RM10.50 dan Hartalega berkurangan enam sen kepada RM12.14.
Dalam kalangan saham cergas, MLabs naik setengah sen kepada 8.5 sen, Marina & General meningkat satu sen kepada 19 sen, Technodex menambah 2.5 sen kepada 32 sen, Iris Corp, XOX dan AT Systematization, masing-masing tidak berubah pada 43.5 sen, 11 sen dan 18.5 sen, manakala Solid Automotive berkurangan satu sen kepada 23.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 54.22 mata kepada 11,814.96, Indeks FBMT 100 merosot 57.12 mata kepada 11,556.05, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 71.27 mata kepada 13,203.88, FBM 70 susut 48.84 mata kepada 15,199.92, manakala FBM ACE mengukuh 94.46 mata kepada 10,729.95.
Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.74 mata kepada 178.18, Indeks Perladangan merosot 76.09 mata kepada 7,336.72, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 62.61 mata kepada 15,413.98.
— BERNAMA