KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia menurut tirai 2020 kebanyakannya lebih rendah sejajar dengan majoriti pasaran serantau, dengan indeks utama susut 1.05 peratus selepas diseret oleh penjualan dalam saham-saham wajaran tinggi yang diterajui oleh Sime Daby Plantation dan IHH Healthcare.
Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 17.20 mata untuk ditutup pada 1,627.21, tahap terendah hariannya, selepas mencecah paras tertinggi 1,644.26 sebelum ini.
Indeks dibuka 0.15 mata lebih rendah pada 1,644.26, berbanding semasa ditutup semalam iaitu sebanyak 1,644.41.
Bursa Malaysia akan ditutup esok sempena Tahun Baru.
Kelebaran pasaran secara keseluruhan adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 620 berbanding 474, manakala 501 kaunter tidak berubah, 526 tidak diniagakan dan 56 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.51 bilion unit bernilai RM3.11 bilion daripada 7.82 bilion unit Rabu bernilai RM3.65 bilion.
Sime Darby Plantation merosot 18 sen kepada RM4.99, IHH Healthcare susut 21 sen kepada RM5.50, Press Metal menurun 11 sen kepada RM8.39 dan Petronas Chemicals adalah lebih rendah sebanyak tujuh sen kepada RM7.43.
Di kalangan saham wajaran tinggi yang lain, Top Glove tidak berubah pada RM6.12, Maybank jatuh 11 sen kepada RM8.46, Public Bank dan TNB masing-masing berkurangan sebanyak 10 sen kepada RM20.60 serta RM10.42, manakala CIMB susut lapan sen kepada RM4.30 dan Hartalega mencatatkan penurunan sebanyak enam sen kepada RM12.14.
Antara yang aktif, Technodex naik dua sen kepada 31.5 sen, Marine General menambah setengah sen kepada 18.5 sen, manakala AT Systematization, Iris Corp, MLabs Systems, Borneo Oil dan XOX masing-masing rata pada 18.5 sen, 43.5 sen, lapan sen, empat sen serta 11 sen.
Solid Automotive merosot 1.5 sen kepada 23 sen.
Di papan indeks, FBM 70 jatuh 105.92 mata kepada 15,142.84, Indeks FBM Emas turun 107.25 mata kepada 11,761.93, Indeks FBMT 100 merosot 111.18 mata kepada 11,501.99 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan sebanyak 116 mata kepada 13,159.15.
Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.81 mata kepada 178.11, Indeks Perladangan susut 109.97 mata kepada 7,302.84 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 160.04 mata kepada 15,316.55.
Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 3.27 bilion saham bernilai RM2.47 bilion daripada 4.94 bilion saham bernilai RM2.90 bilion yang direkodkan semalam.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 295.04 juta unit bernilai RM50.30 juta berbanding 402.76 juta unit sebanyak RM68.67 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE menurun kepada 1.94 bilion saham bernilai RM588.22 juta daripada 2.47 bilion saham bernilai RM676.43 juta.
Perkhidmatan dan Produk Pengguna menyumbang sebanyak 645.73 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, Perkhidmatan dan Produk Perindustrian (782.56 juta), Pembinaan (336.40 juta), Teknologi (245.36 juta), SPAC (sifar), Perkhidmatan Kewangan (59.59 juta), Hartanah (380.88 juta), Perladangan (65.0 juta), REIT (14.94 juta), Dana Tertutup (2,000), Tenaga (334.21 juta), Penjagaan Kesihatan (63.69 juta), Telekomunikasi dan Media (100.54 juta), Pengangkutan dan Logistik (203.32 juta) serta Utiliti (39.41 juta).
— BERNAMA