fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi namun susut kemudiannya, diheret turun oleh kaunter-kaunter berkaitan indeks yang didahului oleh Maybank and Kuala Lumpur Kepong.

Pada 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.15 mata kepada 1,633.84 selepas dibuka menokok 0.61 mata kepada 1,635.93 berbanding 1,634.99 sewaktu ditutup pada Selasa.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 310 berbanding 87 manakala 358 kaunter tidak berubah, 1,273 tidak diniagakan dan 62 lain digantung dagangannya.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, Wall Street ditutup rendah selepas mencatat paras rekod tertinggi dengan kesannya mungkin turut menular ke peringkat tempatan.

Namun, FBM KLCI masih boleh disokong oleh aktiviti-aktiviti memperelok akaun secara sederhana pada masa ini.

Di pasaran lebih meluas, peniaga  juga dijangka memberi tumpuan terhadap segmen automotif susulan pengumuman mengenai keputusan kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan sehingga pertengahan 2021.

“Selain itu, harga minyak sawit mentah kekal kukuh dalam aliran meningkat. Harga minyak sawit berada pada paras RM3,550 sewaktu ditutup senmalam. Selain itu, kami juga percaya peniaga mungkin menjangkakan mengenai perkembangan kitaran keempat kontrak skim solar berskala besar yang akan dianugerahkan menjelang separuh pertama 2021,” kata Malacca Securities.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank merosot enam sen kepada RM8.52, Kuala Lumpur Kepong berkurangan 40 sen kepada RM23.80, Petronas Chemicals turun lima sen kepada RM7.32 manakala TNB, Axiata, Genting Malaysia dan Telekom Malaysia semuanya rendah dua sen masing-masing pada RM10.56, RM3.69, RM2.71 dan RM5.43.

Selain itu, Public Bank meraih dua sen kepada RM20.72, Hartalega melonjak 14 sen kepada RM12.08, manakala IHH Healthcare, Top Glove, CIMB dan Hong Leong Bank tidak berubah pada RM5.74, RM6.01, RM4.35 dan RM18.48.

Bagi saham aktif, Sealink naik 5.5 sen kepada RM22.5 sen, MTouche meningkat 1.5 sen kepada 8.5 sen, Inix naik setengah sen kepada 34 sen, JKG menambah satu sen pada 11 sen, Techna-X dan Yong Tai tidak berubah pada 17 sen dan 32.5 sen manakala Iris Corp turun setengah sen kepada 43 sen dan Green Ocean susut 1.5 sen kepada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks Syariah FBM Emas meraih 4.95 mata kepada 13,183.49, FBM ACE meningkat 7.0 mata kepada 10,709.39, Indeks FBM Emas turun 7.27 mata kepada 11,799.42, Indeks FBMT 100 merosot 8.64 mata kepada 11,550.02 dan FBM 70 jatuh 13.47 mata kepada 15,210.46.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.15 mata kepada 175.9, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 31.19 mata kepada 15,422.22 dan Indeks Perladangan merosot 22.04 mata kepada 7,372.09.

— BERNAMA

Share487ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In