• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Ketika Akhiri Sesi Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh prestasi kaunter saham wajaran tinggi yang diterajui oleh Top Glove dan Petronas Chemicals susulan aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun.

Pada rehat tengah hari ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.29  mata kepada 1,637.28 selepas berlegar dalam jajaran 1,631.77 hingga 1,638.98 sepanjang sesi dagangan awal.

Indeks tersebut dibuka menokok 0.61 mata kepada 1,635.93 berbanding paras 1,634.99 sewaktu ditutup pada Selasa.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 563 berbanding 455 manakala 469 kaunter lain tidak berubah, 641 tidak didagangkan dan 62 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 4.72 bilion unit bernilai RM1.89 bilion.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Top Glove dan and Petronas Chemicals masing-masing naik 10 sen kepada RM6.11 dan RM7.47, Sime Darby Plantation meraih enam sen kepada RM5.13 dan MISC menokok 11 sen kepada RM6.89.

Hong Leong Bank sebaliknya tidak berubah pada RM18.48, Maybank rugi lima sen kepada RM8.53, Public Bank susut dua sen kepada RM20.68, TNB merosot empat sen kepada RM10.54 manakala IHH Healthcare berkurangan empat sen kepada RM4.31.

Bagi saham-saham aktif, Sealink meraih 6.5 sen kepada 23.5 sen, MTouche naik setengah sen kepada 7.5 sen, Parkson meningkat 1.5 sen kepada 21 sen, Pegasus dan Dynaciate masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 13 sen manakala Techna-X rugi setengah sen kepada 16.5 sen.

Prestasi papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 15.95 mata kepada 11,820.2, Indeks FBMT 100 menambah 9.82 mata kepada 11,568.48, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 45.35 mata kepada 13,223.89, FBM 70 sebaliknya susut 11.83 mata kepada 15,212.1 dan FBM ACE pula mengukuh 40.92 mata kepada 10,743.31.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat sebanyak 0.93 mata kepada 176.98, Indeks Perladangan menambah 3.75 mata kepada 7,397.88 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan sebanyak 46.01 mata kepada 15,407.4.

— BERNAMA

Share279ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In