fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AirAsia Group Jual Kepentingan 32.7 Peratus AirAsia India Pada RM152.6 Juta

in Catalyst
A A
AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Subsidiari milik penuh AirAsia Group Bhd, AirAsia Investment Ltd (AAIL) sedang melupuskan kepentingan ekuiti sebanyak 32.67 peratus dalam AirAsia India Ltd (AAI) kepada Tata Sons Private Ltd (TSL) pada harga US$37.66 juta (RM152.58 juta).

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata AAIL hari ini memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan TSL dari India, yang sudah pun memiliki 51 peratus kepentingan dalam AAI. 

Cadangan pelupusan itu akan memberikan keuntungan sebanyak RM152.58 juta pada suku keempat 2020 kepada AAIL dan kumpulan yang disatukan. 

“Aset bersih dan baki tunai AAIL juga akan meningkat dengan jumlah yang sama sejurus selepas pelaksanaan pelupusan tunai ini,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, akan wujud opsyen saranan berhubung dengan baki 16.33 peratus kepentingan AAI, yang boleh dilaksanakan oleh TSL pada bila-bila masa selepas urus niaga berkenaan selesai.

Di samping itu, terdapat juga opsyen jual yang boleh dilaksanakan oleh AAIL dalam dua peringkat, yang mana peringkat pertama boleh dibuat dari 1 Mac 2022 sehingga 30 Mei 2022 dan peringkat kedua boleh diadakan mulai 1 Okt 2022 hingga 31 Dis 2022. 

Jumlah pertimbangan berhubung opsyen yang diberikan bagi baki 16.33 peratus kepentingan AAIL ialah sebanyak US$18.83 juta (kira-kira RM76.29 juta).

Syarikat penerbangan itu berkata AAIL telah bersetuju untuk mengecualikan yuran lesen jenama yang belum dibayar, yang perlu dibayar oleh AAI kepada AirAsia Bhd di bawah perjanjian lesen jenama dan perkhidmatan teknikal bertarikh 30 Dis 2019 berikutan pandemik COVID-19. 

Ia menambah pengecualian ini tidak akan memberi sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan AirAsia serta anak-anak syarikatnya.

— BERNAMA

Share236ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

14 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

14 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

19 hours ago
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MyEG Naik Kepada RM181.64 Juta

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In