• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Sektor Mana Yang Kita Perlu Perhatikan Pada Tahun 2021?

in Trading Idea
A A
Sektor Mana Yang Kita Perlu Perhatikan Pada Tahun 2021?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Tahun 2020 semakin hampir sampai ke penghujungnya. Ianya merupakan tahun yang sangat mencabar apabila pandemik Covid-19 melanda dan kita semua berdepan dengan krisis ekonomi. Tahun 2021 dilihat sebagai tahun pemulihan ekonomi dunia dan sebagai pelabur yang dahagakan peluang, semestinya kita tercari-cari peluang yang bakal diperolehi di pasaran saham bagi tahun 2021.

Indeks FBM KLCI dijangka akan naik ke paras 1,700 mata, sama ada ia menjadi realiti atau fantasi kita sama-sama akan tengok nanti.

Sehubungan dengan itu, CGS-CIMB telah mencadangkan sektor yang boleh kita perhatikan menjelang tahun 2021 seperti berikut:. 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

CGS-CIMB telah meletakkan sektor perbankan, permainan, sarung tangan, kesihatan, media, oil and gas, pembungkusan dan perkhidmatan pembuatan komponen elektronik di bawah kategori ‘Overweight’. Menurut penganalisa CGS-CIMB, sektor-sektor ini dijangka akan menerima impak yang sangat positif daripada pemulihan ekonomi dunia pada tahun 2021.

‘Neutral’ bermakna tak positif dan tak negatif, manakala ‘underweight’ pula merujuk kepada sektor yang bakal terima impak yang negatif.

Mari kita lihat saham-saham yang berpotensi atau ‘overweight’ berdasarkan empat sektor yang dicadangkan oleh CGS-CIMB.

1. Perbankan

Untuk sektor perbankan ini, saham perbankan yang patuh syariah setakat hari ini hanyalah saham syarikat BIMB Holding Berhad yang merupakan parent company untuk Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan juga BIMB Securities (Holdings) Sdn Bhd.

2. Kesihatan

Sektor kesihatan merujuk kepada syarikat yang terlibat dalam pembuatan sarung tangan seperti Top Glove, Supermax dan juga Hartalega. Ini kerana pendapatan syarikat dijangka akan meningkat lebih tinggi lagi pada tahun 2021, disebabkan oleh permintaan yang berterusan.

3. Tenaga

Sektor tenaga didominasi oleh syarikat-syarikat pengeluar minyak. Di antara kaunter-kaunter yang boleh diperhatikan oleh pelabur adalah seperti Dayang, Carimin dan juga Deleum. Saham-saham syarikat minyak merupakan sektor yang terkesan teruk akibat daripada penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020.

Sektor ini dijangka pulih seiring dengan pemulihan ekonomi dunia pada tahun 2021.

4. Produk Dan Perkhidmatan Industri

Produk dan perkhidmatan industri adalah syarikat yang terlibat dengan pembungkusan, juga antara yang dijangka akan menerima impak positif daripada pemulihan ekonomi pada tahun 2021. Di antara kaunter yang boleh diperhatikan adalah seperti Daiboci, SCGM dan juga ATAIMS.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share2698ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In