fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Saham Yang Beri Pulangan Lebih Tinggi Daripada 4.25%

in Saham
A A
Saham Yang Beri Pulangan Lebih Tinggi Daripada 4.25%
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Permodalan Nasional Berhad (PNB) baru sahaja mengumumkan pengagihan dan ehsan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada 23 Disember 2020 sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen untuk 30 ribu unit pertama.

This image has an empty alt attribute; its file name is More-4.25-pic-1-1024x623.png
Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Untuk pelaburan yang tiada risiko seperti ASB ini, pulangan 4.25% ini sebenarnya sangat banyak jika kita hendak bandingkan dengan pulangan fixed deposit (simpanan tetap) daripada bank-bank tempatan.

Sumber: imoney.my

Setakat ini, Maybank Islamic Prosperous Now Account-I (PNA-i) dan Maybank Islamic Fixed Deposit (iFD-i) memberikan pulangan yang tertinggi berbanding bank lain iaitu sebanyak 3.35% setahun. Dengan ASB memberikan pulangan sebanyak 4.25% setahun dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, ianya merupakan satu pulangan yang sangat relevan .

Jika kita hendak pulangan yang lebih tinggi daripada 4.25%, salah satu caranya adalah dengan melabur ke dalam pasaran saham. Kita juga perlu berani mengambil risiko yang lebih tinggi di mana pulangan tidak dijamin dan ada potensi untuk rugi.

Ada Ke Saham Yang Beri Pulangan Lebih Tinggi Daripada 4.25% Setahun?

Jawapannya ada, mari kita lihat lima saham syarikat yang memberikan pulangan dividen lebih tinggi daripada 4.25% setahun ini.

1. Tenaga Nasional Berhad (Tenaga) (5347)

Siapa tidak kenal dengan syarikat gergasi yang membekalkan tenaga elektrik di rumah kita dan merupakan syarikat yang tersenarai di antara top 30 syarikat utama untuk indeks FBM KLCI. Pada tahun 2020, Tenaga telah memberikan dividen sebanyak RM1.00 untuk seunit saham yang dimiliki oleh pelabur.

Harga seunit saham Tenaga untuk ketika ini adalah sekitar RM10.64 dan menjadikan kadar pulangan dividen untuk syarikat ini ialah 9.36%. Jika kita lihat pada sejarah pemberian dividen, Tenaga tidak pernah gagal memberikan dividen kepada pelabur sejak 10 tahun yang lalu.

2. UEM Edgenta Berhad (Edgenta) (1368)

UEM Edgenta Berhad sebelum ini dikenali dengan nama Faber Group Berhad yang merupakan syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja sivil seperti membina jalan raya, pengurusan fasiliti yang menglibatkan penyelenggaraan kerja-kerja sivil dan lain-lain segmen lagi. Pada tahun 2020, jumlah dividen yang diberikan oleh Edgenta adalah sebanyak 14 sen untuk setiap unit saham yang dimiliki oleh pelabur.

Harga seunit saham Edgenta adalah sekitar RM1.90 seunit dan ini menjadikan kadar dividen Edgenta adalah sekitar 7.37% untuk tahun 2020. Berdasarkan sejarah pemberian dividen syarikat ini, Edgenta juga tidak pernah gagal memberikan dividen kepada pelabur untuk tempoh 10 tahun yang lepas.

3. Malakoff Corporation Berhad (Malakof) (5264)

Malakof merupakan syarikat di dalam sektor utiliti yang terlibat dalam penghasilan tenaga, penyulinan air dan juga penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan operasi dan lain-lain lagi. Untuk tahun 2020, syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak 6.55 sen untuk seunit saham mereka kepada pelabur.

Harga terkini saham Malakof adalah sekitar RM0.89 seunit dan ini menjadikan kadar dividen syarikat ini sekitar 7.36% untuk tahun 2020. Malakof juga tidak pernah gagal membayar dividen kepada pelabur mereka untuk lima tahun terkini.

4. Deleum Berhad (Deleum) (5132)

Deleum Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor oil and gas yang menyediakan perkhidmatan seperti penyelegaraan dan pemasangan  turbin gas dan barangan yang berkaitan dengan industri minyak. Harga terkini saham syarikat ini adalah sekitar RM0.605 seunit dan syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak 4.40 sen bagi seunit sahamnya.

Ini menjadikan kadar dividen terkini untuk Deleum adalah sekitar 7.27%. Deleum juga ntidak pernah gagal membayar dividen kepada pelabur untuk tempoh 10 tahun yang lalu.

5. Power Root Berhad (PWROOT) (7237)

Power Root merupakan nama produk yang tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Minuman tenaga yang sangat sinonim di kalangan rakyat Malaysia ini juga menyediakan produk minuman lain seperti Alicafe, Alitea dan lain-lain lagi. Dividen untuk seunit saham syarikat ini adalah 12.5 sen untuk seunit sahamnya dan harga terkini saham Poer Root adalah sekitar RM2.03 seunit.

Kadar dividen terkini syarikat ini adalah sekitar 6.16% dan Power Root juga merupakan syarikat yang sering membayar dividen kepada pelabur mereka sejak 10 tahun terkini.

Itulah dia lima contoh syarikat yang memberikan dividen lebih daripada 4.25% untuk tahun 2020. Namun pelabur perlu ingat bahawa jumlah yang dinyatakan di atas adalah past performance dan jumlah dividen yang akan diberikan untuk tahun-tahun yang mendatang tidak dijamin. Syarikat juga mempunyai hak untuk tidak membayar dividen kepada para pelabur.

Selain daripada pemberian dividen yang tidak menentu, pelabur juga terdedah kepada kerugian jika harga saham yang dibeli itu jatuh ke paras yang lebih rendah. Jadi pastikan sebelum kita melabur, kita melabur untuk mendapatkan ilmu lebih dahulu kerana pelaburan untuk diri sendiri adalah pelaburan yang tidak akan rugi.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share750ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In