fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pharmaniaga Sedia Edar Vaksin, Perketat Aspek Keselamatan

in Catalyst
A A
Keputusan Suku Ketiga Pharmaniaga Melonjak Kepada RM1.44 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Pharmaniaga Bhd kini bersedia untuk menjalankan usaha pengedaran vaksin COVID-19 secara efisien yang dijangkakan pada akhir suku pertama tahun depan, sebaik mendapat arahan kerajaan.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, syarikat itu juga telah menubuhkan satu pasukan merangkumi hampir 400 pekerja mahir dalam bidang logistik dan pengedaran di lima gudang di Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, selain memastikan penghantaran secara ‘Just-in-Time’ atau JIT (strategi pengoptimuman kecekapan pengedaran dan mengikut permintaan secara tepat) ke hospital-hospital mengikut kapasiti dan jadual vaksinasi yang akan diputuskan kerajaan, syarikat itu turut memberi tumpuan utama terhadap aspek keselamatan ketika pengedaran vaskin.

“Vaksin ini akan menjadi produk yang amat dikehendaki. Oleh itu, Pharmaniaga akan memperketat aspek keselamatan di gudang-gudang semasa proses pengangkutan dan juga di lokasi penyimpanan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persiapan syarikat bagi menjalankan usaha pengedaran vaksin tersebut.

Zulkarnain berkata, penghantaran secara JIT pula bertujuan mengelak berlaku lambakan stok di stor penyimpanan hospital kerajaan.

Pharmaniaga juga telah menyatakan kesediaan untuk melakukan perubahan diperlukan di kilangnya, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Puchong bagi proses pembangunan pembotolan untuk vaksin COVID-19.

Pharmaniaga mempunyai enam buah kilang di Malaysia iaitu Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd di Sungai Petani (Kedah) dan di Seri Iskandar (Perak), Pharmaniaga Manufacturing Bhd di Bangi, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, di Puchong, Paradigm Industry Sdn Bhd di Klang, Bio-Collagen Technologies Sdn Bhd di Seri Kembangan (semua di Selangor) selain kilang PT Errita Pharma di Bandung, Indonesia.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut memberi jaminan bahawa gudang-gudang Pharmaniaga mempunyai kapasiti mencukupi bagi penyimpanan vaksin dengan julat suhu mencecah 2-8 darjah Celsius (2C-8C). 

“Jumlah kapasiti gudang kami hampir mencecah 30 juta vial (tabung kaca simpanan) pada bila-bila masa,” katanya.

Mengulas mengenai status halal vaksin, beliau menjelaskan perkara itu perlu dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Apa yang harus diingatkan adalah bagi sebarang pengeluaran ubat dan vaksin, kebenaran pensijilan halal adalah hanya ke atas tapak kilang setelah meneliti sumber bahan mentah, proses kerja dan isu kemasukan bahan terlarang ke tapak kilang.

“Sebarang ubat generik dan vaksin tidak benarkan untuk dilabel dengan sebarang pensijilan halal,” katanya.

Setakat ini, Pharmaniaga belum mendapat sebarang arahan berhubung perkara tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan pelantikan sebarang syarikat logistik dan pengedaran vaksin COVID-19 adalah tertakluk kepada kerajaan.

Pada 22 Disember lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan telah memeterai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19 iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima oleh negara ini.

Ini bermakna kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan sebanyak 40 peratus, termasuk menerusi dua perjanjian yang dimeterai bersama fasiliti COVAX dan Pfizer sebelum ini yang dijadual menerima bekalan meliputi 30 peratus rakyat negara ini.

    — BERNAMA

Share262ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In