fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Ditutup Tinggi Hari Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia merosot sedikit ketika ditutup hari ini, namun kekal dalam jajaran positif, disokong oleh saham perbankan yang diterajui Maybank dan CIMB.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.73 mata untuk ditutup kepada 1,643.9 selepas bergerak antara 1,639.92 dan 1,655.96 sepanjang sesi dagangan.

Ia dibuka 1.06 mata lebih tinggi kepada 1,642.23 daripada 1,641.17 semasa ditutup pada Khamis. Pasaran ditutup pada Jumaat bersempena sambutan Krismas.

Keseluruhan suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 701 kepada 549, manakala 407 kaunter tidak berubah, 471 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 8.71 bilion unit bernilai RM3.90 bilion daripada 6.73 bilion unit bernilai RM2.84 bilion pada Khamis.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 10 sen kepada RM8.54 dan CIMB meningkat 11 sen kepada RM4.30, manakala MISC dan Public Bank menambah 22 sen masing-masing kepada RM6.72 dan RM20.78.  IHH Healthcare naik enam sen kepada RM5.72 dan Hong Leong Financial Group menokok 41 sen kepada RM18.02. 

Sementara itu, TNB dan Hartalega masing-masing susut 12 sen kepada RM10.58 dan RM12.46, Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM7.49, Top Glove berkurangan 23 sen kepada RM6.26 dan Sime Darby Plantation susut tiga sen kepada RM5.15.  

Dalam kalangan saham aktif, AT Systematization dan Kanger International menokok 1.5 sen masing-masing kepada 20 sen dan 14.5 sen, Iris Corp meningkat 3.5 sen kepada 44 sen, Melewar Industrial menambah 25 sen kepada 58.5 sen, Land & General naik satu sen kepada 12.5 sen dan Fintec jatuh satu sen kepada lapan sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas 37.09 mata lebih tinggi kepada 11,848.01, Indeks FBMT 100 susut 30.72 mata kepada 11,600.65,  FBM 70 naik 84.95 mata kepada 15,197.49 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 27.43 mata kepada 13,255.75. 

 Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.26 mata kepada 177.15, Indeks Perladangan naik 13.73 mata kepada 7,431.01 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 167.92 mata kepada 15,428.29. 

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menokok kepada 4.48 bilion saham bernilai RM2.78 bilion daripada 3.59 bilion saham bernilai RM2.07 bilion pada Khamis lepas.

  Jumlah dagangan waran naik kepada 477.08 juta unit bernilai RM75.13 juta daripada 437.99 juta unit bernilai RM62.72 juta pada minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.75 bilion saham bernilai RM1.04 bilion daripada 2.7 bilion saham bernilai RM704.94 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 627.0 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.83 bilion), pembinaan (318.57 juta), teknologi (233.63 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (63.36 juta), hartanah (561.53 juta), perladangan (160.92 juta), REITs (7.25 juta), dana tertutup (51,000), tenaga (322.46 juta), penjagaan kesihatan (58.24 juta), telekomunikasi dan media (71.79 juta), pengangkutan dan logistik (191.46 juta) dan utiliti (39.09 juta).

— BERNAMA 

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In