fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan momentum belian yang aktif, dengan CIMB dan Maybank meningkatkan indeks utama. 

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.16 mata atau 0.38 peratus kepada 1,647.33, selepas berada antara 1,639.92 dan 1,655.96 sepanjang sesi.

Indeks dibuka tinggi 1.06 mata kepada 1,642.23 berbanding 1,641.17 semasa ditutup pada Khamis. 

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena sambutan Krismas.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 654 berbanding 482, manakala 384 kaunter tidak berubah, 608 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 5.08 bilion unit bernilai RM2.15 bilion.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB naik 12 sen kepada RM4.31, Maybank meningkat sembilan sen kepada RM8.53, MISC melonjak 20 sen kepada RM6.70, Petronas Chemicals menambah 10 sen kepada RM7.60, IHH Healthcare naik lapan sen kepada RM5.74, TNB susut enam sen kepada RM10.64 dan Top Glove merosot 20 sen kepada RM6.29. 

 Dalam kalangan saham cergas, AT Systematization dan P.A. Resources, masing-masing menambah 1.5 sen kepada 20 sen dan 18.5 sen, Iris Corp naik 3.5 sen kepada 44 sen, Land & General meningkat dua sen kepada 13.5 sen dan Fintech susut setengah sen kepada 8.5 sen.   

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 52.33 mata kepada 11,863.25, Indeks FBMT 100 meningkat 48.87 mata kepada 11,618.8, Indeks FBM Emas Shariah menambah 0.76 mata kepada 13,283.94, FBM 70 naik 85.01 mata kepada 15,197.55 dan FBM ACE menokok 152.88 mata kepada 10,810.18.  

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.58 mata kepada 177.47, Indeks Perladangan naik 17.07 mata kepada 7,434.35 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 180.25 mata kepada 15,440.62. 

— BERNAMA

Share270ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

3 days ago
Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka
Market Update

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In