fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh momentum belian ketika pasaran memasuki minggu terakhir bagi 2020.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.34 mata kepada 1,643.51 selepas dibuka menokok 1.06 mata kepada 1,642.23 berbanding 1,641.17 pada Khamis lepas. 

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 314 berbanding 161 manakala 302 lain tidak berubah, 1,351 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 550.91 juta unit bernilai RM143.49 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata walaupun pasaran berkemungkinan masih menumpukan aktiviti memperelokkan akaun, namun aliran peningkatan diunjur dikekang oleh kebimbangan terhadap penularan varian baharu COVID-19 yang menjejaskan usaha seperti pembukaan semula ekonomi.

Dalam pada itu, peserta pasaran juga meninjau peluang dagangan membabitkan sektor pembinaan dan bahan binaan berikutan projek-projek prasarana sedia ada dan baharu yang akan berterusan sehingga 2021 selain faktor peningkatan harga komoditi.

“Selain itu, harga minyak sawit mentah telah mencecah paras tertinggi beberapa tahun yang menandakan bahawa pendapatan korporat akan lebih kukuh,” kata Malacca Securities.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Genting Bhd naik tujuh sen kepada RM4.53, CIMB menokok empat sen kepada RM4.23, Maybank dan TNB masing-masing meningkat lapan sen kepada RM8.52 dan RM10.78, Public Bank menambah 14 sen kepada RM20.70 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.50. 

Pengeluar sarung tangan seperti Top Glove dan Hartalega pula masing-masing berkurangan lapan sen kepada RM6.41 dan RM12.50. 

Bagi saham aktif, AT Systematization naik tiga sen kepada 21.5 sen, Iris Corp meraih satu sen kepada 41.5 sen, KTG dan Pegasus masing-masing tidak berubah pada 30 sen dan tiga sen manakala Fintec Global susut setengah sen kepada 8.5 sen dan Marine & General turun 2.5 sen kepada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26.46 mata kepada 11,837.38, Indeks FBMT 100 meraih 23.96 mata kepada 11,593.89, Indeks Syariah FBM Emas menokok 7.75 mata kepada 13,290.93, FBM 70 melonjak 60.55 mata kepada 15,173.09 manakala FBM ACE naik 40.71 mata kepada 10,698.01.  

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian pula meningkat 0.20 mata kepada 176.09, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 62.23 mata kepada 15,322.60 manakala Indeks Perladangan meraih 19.72 mata kepada 7,437.0. 

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In