• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Teruskan Aliran Meningkat Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat semalam untuk dibuka tinggi pagi ini, berikutan sentimen pasaran kekal positif susulan pelaksanaan vaksin yang lebih jelas, kata peniaga.

Pada 9.04 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.49 mata kepada 1,647.99 selepas dibuka tinggi 1.58 mata kepada 1,649.08.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 292 berbanding 109, manakala 1,425 kaunter tidak berubah, 322 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.03 bilion unit bernilai RM315.07 juta.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka momentum positif akan kekal hari ini, menjelang hujung minggu yang panjang.

Firma penyelidikan itu yakin peserta pasaran menjangka berita mengenai Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Solar Berskala Besar 4 (LSS4) akan keluar tidak lama lagi.

Selain itu, pakar kesihatan telah memberi kenyataan bahawa pengeluaran vaksin COVID-19 akan berkesan terhadap varian baharu, yang boleh menarik semula minat dagangan terhadap saham yang pulih, katanya.

“Kami menjangka saham bahan binaan akan terus mendapat tumpuan berikutan duti anti-lambakan yang dikenakan pada produk keluli import yang terpilih.

“Sementara itu, saham yang pulih seperti penerbangan dan permainan boleh meningkat semula dengan lebih tinggi berikutan keyakinan terhadap pembangunan vaksin,” katanya, sambil menambah paras halangan kini pada 1,660-1,680, manakala paras sokongan pada 1,620, diikuti 1,600.

Daripada saham wajaran tinggi, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM20.70, Tenaga naik dua sen kepada RM10.70, Top Glove menambah satu sen kepada RM6.57, manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing tidak berubah pada RM7.58 dan RM5.65.

Sebaliknya, Maybank susut dua sen kepada RM8.47.

Daripada saham cergas, Fintec susut setengah sen kepada sembilan sen, Masteel naik 2.5 sen kepada 54.5 sen, manakala Hiap Teck dan Talam, masing-masing tidak berubah pada 46.5 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 16.7 mata kepada 11,853.55, Indeks FBMT 100 meningkat 11.52 mata kepada 11,612.32, Indeks FBM Emas Shariah menokok 7.56 mata kepada 13,315.06, FBM 70 naik 46.36 mata kepada 15,145.81 dan FBM ACE meningkat 46.11 mata kepada 10,699.66. 

Sementara itu, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.42 mata kepada 175.89, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 43.27 mata kepada 15,334.91 dan Indeks Perladangan menambah 37.02 mata kepada 7,404.51.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In