• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Positif Dorong Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih kukuh dengan indek utama berada dalam zon positif selepas sentimen di pasaran pulih berikutan harapan yang kian meningkat terhadap vaksin COVID-19.

Pada waktu rehat, indeks penanda aras utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.64 mata kepada 1,640.56 selepas bergerak antara 1,627.53 dan 1,644.5 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 688 berbalas 382 manakala 709 kaunter tidak berubah, 369 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.72 bilion unit bernilai RM1.82 bilion.

Syarikat farmaseutikal AstraZeneca mengumumkan penghantaran pertama vaksin COVID-19, AZD1222 ke Malaysia mungkin dilakukan pada separuh pertama 2021.

Presiden negara Dr Sanjeev Panchal dalam satu kenyataan berkata syarikat itu akan menyediakan 6.4 juta dos vaksin tanpa mengaut sebarang keuntungan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.41, Public Bank meningkat 16 sen kepada RM20.62, Tenaga menambah empat sen kepada RM10.62, Petronas Chemicals dan Top Glove masing-masing menambah dua sen kepada RM7.43 dan RM6.71 manakala Hartalega memperoleh 10 sen kepada RM12.70.

Bagaimanapun, IHH Healthcare kekal pada harga RM5.65.

Kaunter-kaunter paling cergas pula, Techna-X mengembang 1.5 sen kepada 16 sen, Jiankun turun 10.5 sen kepada 58 sen, AirAsia X naik setengah sen kepada 7.5 sen sementara FGV meningkat 10 sen kepada RM1.28 berikutan berita mengenai mandatori tanpa syarat tawaran pengambilalihan daripada Felda.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 76.9 mata kepada 11,786.36, Indeks FBMT 100 meningkat 73.39 mata kepada 11,555.1, Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 69.34 mata kepada 13,250.68, FBM 70 naik 144.45 mata kepada 15,052.23 dan FBM ACE melonjak 208.02 mata kepada 10,685.22.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.87 mata kepada 173.36, Indeks Perladangan meningkat 62.35 mata kepada 7,343.8 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 111.34 mata kepada 15,260.78.

— BERNAMA

Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In