fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Sentimen Pasaran Lebih Baik

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dtutup tinggi hari ini dengan indeks utama mencatatkan penurunan selama empat hari berturut-turut berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, kata peniaga.

Sewaktu ditutup, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 15.58 mata kepada 1,647.50 selepas bergerak di antara 1,627.53 dengan 1,652.59 sepanjang sesi dagangan.

Lebih dua pertiga daripada konstituen indeks merekodkan kenaikan dengan Petronas Chemicals menjadi penyumbang terbesar sebanyak 2.598 mata kepada peningkatan dalam indeks komposit.

Kebanyakan saham yang mengalami peningkatan dalam 30 konstituen FBM KLCI adalah Genting Malaysia yang meningkat 5.1 peratus di tengah-tengah keadaan positif sektor pelancongan susulan pelancaran Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 hari ini.

Keseluruhan pasaran meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 841 kepada 355, manakala 627 kaunter tidak berubah, 325 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6.35 bilion unit bernilai RM3.42 bilion daripada 7.84 bilion unit bernilai RM4.14 bilion pada Selasa.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata pasaran saham yang positif adalah didorong belian semasa harga rendah sebelum hari terakhir dagangan menjelang cuti panjang hujung minggu ini.

“FBM KLCI mencatatkan penurunan ketara baru-baru ini, oleh itu, pelabur mengambil peluang untuk ‘membeli-belah’ atau membuat pembelian semasa harga rendah sebelum cuti Hari Krismas.

“Bagaimanapun, indeks utama mungkin merosot esok berikutan pelabur akan menjual lebih banyak sebelum cuti hujung minggu yang panjang ini,” katanya kepada Bernama.

Adam berkata kaunter paling rugi dalam kalangan indeks sektor adalah Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia yang turun 0.3 peratus berikutan lebih banyak jangkitan berlaku di kilang-kilang pengeluar sarung tangan getah yang boleh menjejaskan pengeluaran produk itu bagi memenuhi permintaan ekoran varian baharu COVID-19 telah ditemui di United Kingdom.

Sementara itu, seorang penganalisis pasaran berkata wujud sentimen positif di bursa tempatan susulan berita baik daripada syarikat farmaseutikal AstraZeneca yang mengumumkan penghantaran pertama vaksin COVID-19, AZD1222 ke Malaysia dijangkakan pada separuh pertama 2021.

Presiden negara Dr Sanjeev Panchal menerusi kenyataan berkata, syarikat itu akan menyediakan 6.4 juta dos vaksinnya tanpa mengambil keuntungan.

Seorang lagi penganalisis berkata para pelabur menyambut baik berita positif ini yang mencetuskan pembelian cergas bagi saham berharga rendah dan saham permodalan pasaran kecil dengan FBM ACE meraih 176.35 mata kepada 10,653.55 dan Indeks FBMSCAP melonjak 267.94 mata kepada 15,200.7.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB meningkat sembilan sen masing-masing kepada RM8.49 dan RM4.21, Public Bank naik 14 sen kepada RM20.60, Tenaga meningkat 10 sen kepada RM10.68, Petronas Chemicals naik 17 sen kepada RM7.58, Top Glove menokok empat sen kepada RM6.73, dan Hartalega menambah 12 sen kepada RM12.72.

Bagaimanapun, IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.65.

Dalam kalangan saham aktif, Techna-X naik setengah sen kepada 15 sen,  AirAsia X menokok satu sen kepada lapan sen, Jiankun turun 11.5 sen kepada  57 sen, manakala FGV meningkat sembilan sen kepada RM1.27 berikutan berita mengenai tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). 

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 127.39 mata kepada 11,836.85, Indeks FBMT 100 menokok 119.1 mata kepada 11,600.8, Indeks FBM Emas Shariah naik 126.15 mata kepada 13,307.49 dan FBM 70 menokok 191.66 mata kepada 15,099.44. 

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 2.98 mata kepada 175.47, Indeks Perladangan naik 86.04 mata kepada 7,367.49 dan Indeks Perkhidmatan Kewagan naik 142.19 mata kepada 15,291.64.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 4.07 bilion saham bernilai RM2.81 bilion daripada 4.79 bilion saham bernilai RM3.07 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan turun kepada 562.13 juta unit bernilai RM91.84 juta daripada 629.95 juta unit bernilai  RM105.86 juta. 

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 1.7 bilion saham bernilai RM509.38 juta daripada 2.42 bilion saham bernilai RM959.21 juta sebelum ini.

Perkhidmatan dan produk pengguna menyumbang 610.06 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, perkhidmatan dan produk perindustrian (1.22 bilion), pembinaan (242.97 juta), teknologi (184.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (81.86 juta), hartanah (644.72 juta), perladangan (273.99 juta), REIT (12.03 juta), dana tertutup (37,600), tenaga (561.16 juta), penjagaan kesihatan (44.25 juta), telekomunikasi dan media (36.46 juta), pengangkutan dan logistik (94.63 juta) serta utiliti (55.35 juta).

— BERNAMA 

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

15 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In